Pengumuman dan hebahan terkini berkaitan informasi dan aktiviti NAFAS & syarikat subsidiari.
Untuk makluman kepada Jawatankuasa Kumpulan Peladang Nita dan Peladang Muda Peringkat Kebangsaan, Negeri serta Kawasan Logo boleh di Muat Turun dalam format PNG/JPG di Media > Muat Turun
BERMINAT UNTUK TERUS DIMASUKKAN DI DALAM SENARAI PEMBIDA???
Pihak NAFAS akan e-mail kepada anda pada bila-bila masa sahaja untuk pelawaan sebutharga sekiranya terdapat bukaan tender/sebutharga yang ...
Borang permohonan untuk penggunaan jenama PELADANG boleh dimuat turun di bahagian menu MEDIA>MUAT TURUN laman web NAFAS.
BAYAN LEPAS, 24 Nov | Seminar Inovasi Pembangunan Usahawan telah berlangsung di Lexis Suites, 24 Nov lalu.
Program sehari itu dirasmikan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) NAFAS, Hisyamuddin Ghazali.
Hadir sama Pegawai Pembangunan Peladang (PPP) Negeri Pulau Pinang, Mustaqim Rosidi; Pengerusi Pertubuhan Pemerkasaan Masyarakat Pulau Pinang (PERMY), Farid Ismail dan AJP Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Pulau Pinang, Yusri Ishak.
SUNGAI BESAR, 20 Nov | Anak-anak muda perlu didorong menceburi bidang pertanian dan kaedah paling berkesan untuk menarik minat golongan muda menyertai bidang ini adalah penggunaan teknologi moden, kata Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Senator Dr Yaakob Sapari.
Berucap merasmikan program Kasih Peladang Selangor di Dewan Terbuka Parit 1, Jalan Parit 1, dekat sini, beliau berkata, penggunaan teknologi moden seperti dron dalam penanaman padi boleh memberi galakan kepada anak muda untuk "masuk ke sawah".
Menurut Dr Yaakob, ahli-ahli peladang kini ramai yang telah berusia lanjut dan tidak lagi bertenaga untuk mengusahakan sawah.