Pengumuman dan hebahan terkini berkaitan informasi dan aktiviti NAFAS & syarikat subsidiari.
Untuk makluman kepada Jawatankuasa Kumpulan Peladang Nita dan Peladang Muda Peringkat Kebangsaan, Negeri serta Kawasan Logo boleh di Muat Turun dalam format PNG/JPG di Media > Muat Turun
BERMINAT UNTUK TERUS DIMASUKKAN DI DALAM SENARAI PEMBIDA???
Pihak NAFAS akan e-mail kepada anda pada bila-bila masa sahaja untuk pelawaan sebutharga sekiranya terdapat bukaan tender/sebutharga yang ...
Borang permohonan untuk penggunaan jenama PELADANG boleh dimuat turun di bahagian menu MEDIA>MUAT TURUN laman web NAFAS.
KUALA LUMPUR, 16 Nov | Pertubuhan Peladang di setiap peringkat perlu memainkan peranan untuk meningkatkan pendapatan golongan peladang yang rata-ratanya tergolong dalam kelompok B40 (pendapatan isi rumah di bawah RM3860 sebulan).
Kelompok peladang B40 ini perlu dibantu dengan cara memperbaiki kaedah pertanian yang diusahakan supaya mereka dapat manfaat langsung daripada Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang dilancarkan kerajaan.
Bercakap kepada TV1 dalam program Selamat Pagi Malaysia di Wisma Berita RTM, Angkasapuri, dekat sini, Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, halangan besar yang dihadapi para peladang adalah pemasaran.
PONTIAN, 14 Nov | Para peladang, penternak dan nelayan disaran mempelbagaikan usaha pertanian bertujuan meningkatkan sumber pendapatan dan tidak hanya bergantung penuh kepada sesuatu pekerjaan.
Perkara ini dinyatakan Menteri Pertanian dan Industrti Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub ketika mengadakan lawatan kerja meninjau projek kecil dan usaha pertanian beberapa orang nelayan di Kampung Tanjung Piai, dekat sini.
Menurut Salahuddin, usaha yang dilaksanakan nelayan Kampung Tanjung Piai perlu dicontohi rakan-rakan mereka di tempat-tempat lain kerana ia mampu meningkatkan pendapatan golongan peladang, penternak dan nelayan.