Pengumuman dan hebahan terkini berkaitan informasi dan aktiviti NAFAS & syarikat subsidiari.
Untuk makluman kepada Jawatankuasa Kumpulan Peladang Nita dan Peladang Muda Peringkat Kebangsaan, Negeri serta Kawasan Logo boleh di Muat Turun dalam format PNG/JPG di Media > Muat Turun
BERMINAT UNTUK TERUS DIMASUKKAN DI DALAM SENARAI PEMBIDA???
Pihak NAFAS akan e-mail kepada anda pada bila-bila masa sahaja untuk pelawaan sebutharga sekiranya terdapat bukaan tender/sebutharga yang ...
Borang permohonan untuk penggunaan jenama PELADANG boleh dimuat turun di bahagian menu MEDIA>MUAT TURUN laman web NAFAS.
KUALA LUMPUR, 29 Okt | Lantikan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang dibuat dengan teliti dan mengambil kira pelbagai faktor, keperluan dan kriteria tertentu, ujar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Berucap menggulung perbahasan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat, 29 Oktober lalu, Salahuddin berkata, antara kriteria yang ditetapkan bagi calon AJP Pertubuhan Peladang ialah kalangan usahawan atau peladang yang berjaya; golongan profesional (seperti pegawai agensi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) atau pegawai dan kakitangan pihak swasta); aktif dalam pergerakan masyarakat setempat; atau peladang muda bertujuan mewujudkan pemimpin pelapis.
KUALA LUMPUR, 29 Okt | Terdapat tiga punca utama kelewatan bekalan benih padi berlaku di beberapa kawasan di Bagan Serai dan pihak kementerian telahpun menjalankan beberapa langkah untuk mengatasinya.
Menjawab soalan Datuk Dr Azmi Ghazali (Bagan Serai) pada sesi soal jawab Dewan Rakyat semalam, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, masalah stok bekalan yang dihadapi sebahagian pembekal menjadi salah satu punca keadaan itu berlaku.