Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri NAFAS pada 17 Jun 2019 di Tropicana Golf and Country Club, Petaling Jaya. Majlis dihadiri YB Dato' Salahuddin Bin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang hadir memeriahkan majlis, beramah mesra bersama tetamu. Beliau turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anak-anak yatim dari Rumah Bakti Cahaya Hati serta anak-anak staff NAFAS yang berkelayakan.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Dato’ Phahrolrazi bin Mohd Zawawi, barisan Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Pengurus Besar NAFAS, Tuan Haji Ahmad bin Shaari, staff-staff NAFAS serta jemputan-jemputan lain daripada vendor serta syarikat-syarikat luar yang bekerjasama dengan NAFAS. Turut hadir sama, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Mazlan bin Aliman. Majlis bermula pada jam 11:00 pagi dan berakhir 4:00 petang.
Pada majlis yang sama, YB Menteri Datuk Salahuddin, turut mengumumkan dividen bagi Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP) Dana Peladang Kebangsaan (DPK). DPK yang mencatatkan keuntungan sebanyak RM9.9 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 mengumumkan kadar dividen sebanyak 8 peratus (8%) bagi skim berkenaan yang melibatkan seramai 5,119 pelabur.
14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...
Read more26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)
Read more30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...
Read moreTahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini
Read moreDana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.
Read morePerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.
Read moreMAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!
Read moreSemuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.
Read moreDahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.
Read more