MARANG, 12 Nov | Bagi meninjau projek yang dilaksanakan ahli pertubuhan peladang, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman melawat tapak projek penghasilan 'cocopeat' yang diusahakan Wan Hasbi Haliq di Kampung Banggol Cempedak, Serada, dekat sini.
Ekoran sambutan yang menggalakkan, Wan Hasbi yang juga ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Payung bercadang meningkatkan pengeluaran 'cocopeat' yang diusahakannya dan sedang dalam proses mendapatkan pinjaman bank.
Hadir sama pada sesi lawatan tapak itu Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sulaiman Kayat dan Pegawai Khas Menteri Pertanian, Abdul Mueiz Jamaludin.
Turut hadir Pegawai Pembangunan Peladang negeri, Muammar Qaddafi Mohd Nasir.
'Cocopeat' atau habuk kelapa adalah produk yang dihasilkan daripada sabut kelapa dan diproses untuk pelbagai kegunaan di sektor pertanian.
Nama 'cocopeat' di ambil daripada perkataan 'cocoa' iaitu warna dan tekstur habuk seakan-akan serbuk koko dan 'peat' atau gambut kerana sifat-sifat produk tersebut seperti tanah gambut.
Foto di atas : Mazlan (kiri) meninjau proses penghasilan cocopeat yang diusahakan Wan Hasbi. |
Bengkel cocopeat milik Wan Hasbi di Kampung Banggol Cempedak, Serada. |
Teknik penanaman masa kini banyak menggunakan 'cocopeat' dan permintaan terhadap produk hiliran ini semakin meningkat.
Ia telah lama berada di pasaran antarabangsa dan menjadi salah satu produk industri hiliran tanaman kelapa.
Penanaman secara fertigasi kerap menggunakan 'cocopeat' sebagai medium terutamanya tanaman tomato.
Negara pengeluar utama 'cocopeat' adalah Indonesia, Sri Lanka dan India.
14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...
Read more26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)
Read more30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...
Read moreTahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini
Read moreDana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.
Read morePerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.
Read moreMAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!
Read moreSemuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.
Read moreDahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.
Read more