SUNGAI BESAR, 20 Nov | Usaha Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melaksanakan program khidmat sosial membabitkan para peladang yang kurang berkemampuan mendapat sokongan ahli-ahli peladang malah mereka mengharapkan usaha murni ini diteruskan pada masa akan datang.
Ketika ditemui seusai majlis Kasih Peladang Selangor di Dewan Terbuka Parit 1, Jalan Parit 1, dekat sini, para peladang asnaf melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan bantuan zakat yang diterima.
Program Kasih Peladang Selangor itu dirasmikan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) NAFAS, Senator Dr Yaakob Sapari.
Turut hadir Ahli Dewan Negeri Sabak, Ahmad Mustain Othman; AJP NAFAS, Dato' Ahmad Bhari Abd Rahman; Pengarah Pembangunan Peladang NAFAS, Haji Abu Sujak Sahuji; dan Pengerusi AJP Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Besar, Dato' Ramli Noraini.
Hadir sama Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Selangor, Muhammad Azzrinie Shafie dan Pegawai Peladang Daerah Lembaga Pertubuhan Peladang, Tasliahwisnah Md Talip.
Foto di atas : Dr Yaakob menyampaikan sumbangan Dana Tabung Pengajian Tinggi NAFAS kepada bapa pelajar cemerlang. |
Siti Ngaisah Abd Hamid |
Siti Ngaisah Abd Hamid, 78, melahirkan perasaan gembira dengan pemberian sumbangan zakat yang diterima daripada NAFAS.
Ibu kepada enam anak yang tinggal di Kampung Masjid Baroh, Tanjung Karang itu berharap usaha ini diteruskan pada masa akan datang.
Beliau yang mengusahakan tanaman sawit berkata, bantuan zakat yang diterima sedikit sebanyak dapat membantu pekebun kecil yang kurang berkemampuan.
Jailani Mat Piah |
Jailani Mat Piah, 63, dari Parit 1 Barat, Sungai Besar turut bersyukur menerima bantuan zakat.
Beliau yang bekerja mengambil upah mengusahakan kebun sawit mengakui uzur dan menghadapi masalah penglihatan.
Bapa kepada 5 anak dan sudah mempunyai 2 cucu itu mahu program ini diteruskan.
"Saya tiada pendapatan tetap. Pendapatan hanya sekitar RM500 sebulan. Bantuan seperti ini dapat ringankan sikit kesulitan hidup," katanya.
Haji Sapuan Abd Karim |
Mengakui tidak pernah menerima bantuan kewangan sebelum ini, pesawah yang tinggal di Parit 1, Kampung Sungai Haji Derani, Sungai Besar itu hanya berpendapatan kurang RM1000 sebulan.
Ahli PPK Sungai Besar itu tinggal bersama isteri, ibu mentua dan seorang anak.
"Dalam hati saya ini gembira dapat bantuan. Harap usaha ini diteruskan di masa akan datang. Bantuan sebegini sedikit sebanyak dapat ringankan kesulitan hidup," katanya.
Pada majlis itu, seramai 250 orang asnaf peladang dari lima (5) PPK menerima sumbangan wakalah zakat sebanyak RM200 seorang dengan nilai peruntukan RM50,000.
Mereka yang menerima sumbangan datang dari PPK Sungai Besar, PPK Tanjung Karang, PPK Kuala Selangor, PPK Pasir Panjang dan PPK Bernam Jaya.
Sumbangan zakat ini adalah sebahagian daripada wakalah zakat perniagaan NAFAS.
Wakalah zakat adalah pengembalian wang zakat oleh Majlis Agama Islam Negeri kepada pengeluar zakat untuk diagihkan semula kepada asnaf yang layak menerimanya.
NAFAS telah menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM2,118,237.00 kepada Lembaga Zakat Selangor.
Pada majlis yang sama, NAFAS turut menyampaikan sumbangan dari Dana Tabung Pengajian Tinggi NAFAS kepada anak-anak ahli peladang yang mendapat keputusan cemerlang Purata Nilai Gred (GPA) 3.5 dan ke atas bagi peringkat diploma dan ijazah dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang diiktiraf di Malaysia.
Sejumlah 12 pelajar telah menerima sumbangan RM1,000 setiap seorang daripada Dr Yaakob.
14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...
Read more26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)
Read more30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...
Read moreTahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini
Read moreDana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.
Read morePerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.
Read moreMAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!
Read moreSemuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.
Read moreDahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.
Read more