logo-nafas

NAFAS BERTEMU PELABUR CHINA BINCANG TEKNOLOGI BARU TANAMAN PADI

PelaburChina05

PUTRAJAYA, 6 Jan | Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengadakan pertemuan dengan para pelabur dari China khusus bagi membincangkan peluang pelaburan dan pemasaran input-input pertanian bagi kedua-dua negara.

Perjumpaan berlangsung di Wisma Tani, Putrajaya dan dihadiri Pengerusi NAFAS Dato' Haji Phahrolrazi Mohd Zawawi, Pengurus Besar NAFAS, Haji Ahmad Shaari dan para pegawai kanan NAFAS.

Foto di atas : Bergambar ramai seusai pertemuan.

PelaburChina03
Pertemuan delegasi China dan NAFAS berlangsung di Wisma Tani.

Rombongan pelabur China itu dalam rangka lawatan kerja ke Malaysia bagi meninjau peluang pelaburan dan pemasaran produk dalam industri pertanian di negara ini.

Dato' Phahrolrazi ketika berucap menyatakan keperluan Malaysia untuk menggunakan teknologi baru di bidang pertanian.

Industri pertanian negara, ujar beliau memerlukan jentera baru bagi tanaman padi untuk mencapai hasil tanaman yang lebih tinggi dan cekap.

Rombongan pelabur China itu kemudian meneruskan lawatan kerja ke Kuching.


PelaburChina01

Dato' Phahrolrazi, Haji Ahmad Shaari dan para pegawai kanan NAFAS bertemu delegasi China di Putrajaya.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Julai tahun lalu mengumumkan cadangan untuk mengadakan kerjasama dengan China bagi membawa masuk teknologi baharu dalam usaha meningkatkan hasil tanaman padi di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, penggunaan teknologi moden dalam sektor tanaman padi di China telah membolehkan negara itu menghasilkan padi sehingga 8 tan sehektar selain berupaya menyimpan bekalan beras mencukupi untuk kegunaan kira-kira 1.4 bilion rakyatnya.

Menurut Salahuddin, semasa lawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke China tahun lalu yang turut disertai beliau, rombongan mendapat maklumat menarik bagaimana China mengekalkan bekalan padi selama setahun dan mencukupi untuk 1.4 bilion rakyatnya.

PelaburChina04

Pengerusi NAFAS menyampaikan cenderahati kepada wakil delegasi China.

"Berasaskan fakta itu, kita menyahut hasrat perdana menteri supaya Malaysia khususnya MOA berkolaborasi dengan China supaya teknologi baharu (digunakan China dalam tanaman padi) dibawa masuk ke negara kita," katanya.

Beliau berkata, teknologi moden tanaman padi di China merangkumi keseluruhan rantaian nilai dalam sektor itu termasuk melihat kepada penggunaan dron serta teknologi 'Kecerdasan Buatan'.

 

14-03-2023
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS

    14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...

Read more
26-01-2023
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS

 26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Read more
02-12-2022
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49

 30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...

Read more
02-12-2022
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA

  Tahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini

Read more
01-12-2022
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY

Dana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.

Read more
13-08-2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022

  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS

  MAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!  

Read more
13-08-2022
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ

  Semuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS

  Dahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.  

Read more
13-08-2022
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS

  Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.  

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2024 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)