logo-nafas

FOKUS TINGKATKAN PENDAPATAN PESAWAH, NELAYAN

AmanatMenteri01 kPUTRAJAYA, 6 Jan | Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam amanat tahun baharunya hari ini mahu warga kementerian memberi keutamaan terhadap inisiatif untuk meningkatkan pendapatan golongan pesawah dan nelayan pada tahun ini.

Ketika berucap pada majlis amanat tahun 2020 bersama warga kementeriannya di sini, beliau berkata perkara itu perlu menjadi keutamaan dan memerlukan tindakan tuntas kerana kedua-dua kelompok itu masih hidup dalam kemiskinan.

Foto di atas : Datuk Seri Salahuddin Ayub menyampaikan amanatnya kepada warga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada Majlis Amanat 2020 di Putrajaya

AmanatMenteri03 k
Datuk Seri Salahuddin bersama Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian dan Timbalan-Timbalan KSU sebelum menyampaikan amanat

"Polisi baharu perlu diwujudkan, rantaian birokasi harus dipendekkan, bantuan harus dipercepatkan dan pemberian subsidi perlu dipermudah supaya pesawah padi dan nelayan dapat dikeluarkan dari kumpulan B40. Seterusnya generasi akan datang kelompok ini dapat menikmati kehidupan yang lebih baik," katanya.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian pada tahun ini ialah mengenai keadaan sawah yang kering-kontang seperti di Perlis yang beliau saksikan ketika melakukan lawatan kerja ke negeri itu baru-baru ini, katanya.

Mengenai golongan nelayan pula, beliau berkata perlu ada model baharu berhubung pembangunan kapal supaya ia lebih moden dan menarik minat anak muda untuk menjadi nelayan.

Ops Naga, yang dilancarkan sejak April 2019 dan telah berjaya menahan 178 bot nelayan asing yang sebahagian besarnya dari Vietnam, akan diteruskan pada tahun ini bagi meningkatkan hasil perikanan negara.

Dalam ucapan yang sama, Salahuddin turut mengingatkan warga kementerian mengenai laporan pada tahun lepas bahawa kira-kira 50 peratus perbelanjaan pembangunan terpaksa dipulangkan kepada Kementerian Kewangan agar perkara itu tidak berulang pada tahun ini.

AmanatMenteri04 k
AmanatMenteri02 k

YB Menteri beramah mesra dengan warga kementerian seusai menyampaikan amanat. Turut kelihatan Pengurus Besar NAFAS, Haji Ahmad Shaari (kiri).

Pada majlis sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, yang baharu, Datuk Zainal Azman Abu Seman menyatakan azam untuk meningkatkan tahap keselamatan makanan negara selain menjadikan sektor pertanian sebagai penyumbang utama kepada ekonomi.

"Matlamat utama saya kini ialah meningkatkan pendapatan mereka yang terlibat dalam sektor pertanian negara," katanya lagi.

Zainal Azman sebelum ini ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sebelum ditukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam pada 2 Dis lepas. Beliau memulakan tugas di kementerian ini pada 9 Dis lepas. – Bernama

14-03-2023
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS

    14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...

Read more
26-01-2023
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS

 26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Read more
02-12-2022
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49

 30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...

Read more
02-12-2022
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA

  Tahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini

Read more
01-12-2022
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY

Dana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.

Read more
13-08-2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022

  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS

  MAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!  

Read more
13-08-2022
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ

  Semuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS

  Dahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.  

Read more
13-08-2022
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS

  Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.  

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2024 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)