KOTA DAMANSARA, 9 Jan | Anak-anak peladang yang cemerlang dalam pelajaran menerima pengiktirafan dalam Majlis Anugerah Perdana Yayasan Pelajaran 2019 anjuran Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), 9 Januari lalu.
Anugerah disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Zainal Azman Abu Seman bertempat di Dewan NAFAS, dekat sini.
Foto di atas : Dato' Zainal Azman menyampaikan anugerah kepada Muhammad Faez sambil diiringi Dato' Phahrolrazi dan para tetamu utama. |
Dato' Zainal Azman sedang berucap. |
Hadir sama pada majlis itu Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Haslina Abdul Hamid, Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan, Dato' Zulkefly Mohamed Omar, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS merangkap Pengerusi Yayasan Pelajaran Peladang, Yang Berhormat Dato' Phahrolrazi Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Hajah Norlezah Mohamad dan Pengurus Besar NAFAS, Haji Ahmad Shaari.
Sejumlah 19 anak ahli peladang dari seluruh negara yang mendapat keputusan cemerlang bagi pengajian ijazah pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) 3.50 dan ke atas menerima anugerah masing-masing.
Tiga pemenang utama Anugerah Perdana Yayasan Pelajaran Peladang. |
Muhammad Faez Mohd Kamaruzaman, pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Kimia dari Universiti Teknologi MARA dengan CGPA 3.96 muncul sebagai pemenang anugerah dengan meraih RM5000.
Penerima Anugerah Naib Canselor UiTM ini berasal dari Selangor dan anak kepada ahli peladang dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Hulu Selangor.
Penerima tempat kedua, Wan Nuraini Wan Rosdi yang menerima wang tunai RM4,000 ialah graduan Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa (Kepujian) dari Universiti Sains Islam Malaysia dengan CGPA 3.89.
Wan Nuraini yang berasal dari Negeri Sembilan ialah anak kepada ahli peladang dari PPK Sri Klana, Lenggeng.
Penerima tempat ketiga, Nur Hidayah Yusoff memperoleh CGPA 3.87 bagi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Anak kepada ahli peladang dari PPK Kuala Kangsar ini menerima RM3000.
Selain tiga hadiah utama, 16 lagi pelajar terpilih menerima sumbangan saguhati berjumlah RM1,000 setiap seorang.
Dato' Zainal Azman ketika berucap mengalu-alukan program yang dilaksanakan oleh NAFAS dalam mengiktiraf para pelajar cemerlang kerana aspek modal insan perlu diberikan penekanan.
Sambil menyifatkan para pelajar yang menerima anugerah sebagai pelapis generasi akan datang beliau berharap program ini dapat diteruskan dan ditambah baik.
Beliau turut menyarankan para penerima anugerah ditawarkan program latihan di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga di agensi berkaitan memandangkan jumlah graduan yang mencari pekerjaan kini semakin bertambah.
Dato' Zainal Azman turut menyarankan agar program tanggung jawab sosial (CSR) dilaksanakan secara strategik dengan kerjasama pelbagai agensi dan antara program.yang boleh dilaksanakan adalah 'food bank'.
Yayasan Pelajaran Peladang ditubuhkan pada 14 Ogos 2012 bertujuan memberi bantuan pendidikan kepada anak-anak ahli peladang.
Antara objektif penubuhannya adalah membantu ahli-ahli peladang yang tidak mampu membiayai pendidikan anak-anak peladang di semua peringkat; menggalakkan pencapaian kecemerlangan ilmu di kalangan anak-anak peladang dengan memberi hadiah atau anugerah kecemerlangan berbentuk wang dan lain-lain; dan menggalakkan pengajian dan penyelidikan ilmu dalam bidang-bidang yang boleh memanfaatkan masyarakat peladang di negara ini dengan memberi hadiah atau geran penyelidikan kepada ilmuan yang berkenaan.
Yayasan Pelajaran Peladang juga berperanan menyediakan kemudahan-kemudahan latihan untuk para peladang yang berkelayakan bagi meningkatkan kemahiran dan produktiviti; dan mengadakan lain-lain aktiviti yang difikirkan sesuai bagi mempertingkatkan pencapaian ilmu dan kemahiran di kalangan anak-anak ahli peladang di seluruh negara.
14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...
Read more26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)
Read more30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...
Read moreTahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini
Read moreDana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.
Read morePerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.
Read moreMAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!
Read moreSemuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.
Read moreDahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.
Read more