KOTA DAMANSARA, 9 Jan | Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengucapkan tahniah di atas perlantikan Dato' Haji Zainal Azman Abu Seman sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan berharap beliau akan terus memacu kejayaan sektor pertanian dan kemajuan peladang-peladang di seluruh negara.
Berucap pada majlis Anugerah Perdana Yayasan Pelajaran Peladang dekat sini, 9 Januari lalu, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Dato' Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, NAFAS sentiasa mendokong dan menyokong usaha kementerian untuk memartabat dan mentransformasi industri pertanian dan ahli peladang ke arah lebih cemerlang.
Foto di atas : Para penerima Anugerah Perdana Yayasan Pelajaran Peladang bergambar bersama Dato' Zainal Azman, Dato' Phahrolrazi, tetamu utama dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pelajaran Peladang. |
Dato' Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi |
"Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Dato' KSU yang sudi melapangkan masa bersama-sama kita bagi menyempurnakan majlis Anugerah Perdana Yayasan Pelajaran Peladang Tahun 2019.
"Sesungguhnya dengan kehadiran Dato' KSU menunjukkan betapa prihatinnya beliau untuk bersama NAFAS dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dalam memacu arus pembangunan sektor pertanian yang kian mencabar," ujar beliau.
Anugerah Perdana Yayasan Pelajaran Peladang 2019 diadakan bagi mengiktiraf anak-anak peladang yang cemerlang dalam pelajaran.
Anugerah disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Zainal Azman Abu Seman bertempat di Dewan NAFAS, dekat sini.
Dato' Phahrolrazi bertanyakan sesuatu kepada pemenang utama anugerah, Muhammad Faez Mohd Kamaruzaman. |
Hadir sama pada majlis itu Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Haslina Abdul Hamid, Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan, Dato' Zulkefly Mohamed Omar, Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Hajah Norlezah Mohamad dan Pengurus Besar NAFAS, Haji Ahmad Shaari.
Sejumlah 19 anak ahli peladang dari seluruh negara yang mendapat keputusan cemerlang bagi pengajian ijazah pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) 3.50 dan ke atas menerima anugerah masing-masing.
Dato' Phahrolrazi yang juga Pengerusi Yayasan Pelajaran Peladang turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan LPP, Pertubuhan-Pertubuhan Peladang Negeri dan Kawasan serta Urusetia Yayasan Pelajaran Peladang di atas usaha menjayakan majlis itu.
Menurut beliau, dana Yayasan Pelajaran Peladang disumbangkan tiap tahun dari caruman Pertubuhan Peladang Negeri dan Kawasan yang mencatatkan keuntungan tahunan dengan kadar dua peratus dari keuntungan bersih Pertubuhan Peladang.
Antara program yang telah dilaksanakan oleh Yayasan Pelajaran Peladang sepanjang 2019, ujarnya adalah program anak angkat, Hadiah Kecemerlangan Pelajaran, Kursus Motivasi Pertanian. My Green Team dan majlis yang diadakan pada petang itu.
"Adalah diharapkan program-program ini dapat menjadi pemangkin untuk kejayaan dan kecemerlangan anak-anak ahli peladang di seluruh negara dan ke arah mewujudkan peladang usahawan muda yang cemerlang dan gemilang," ujarnya.
14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...
Read more26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)
Read more30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...
Read moreTahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini
Read moreDana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.
Read morePerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.
Read moreMAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!
Read moreSemuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.
Read moreDahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.
Read more