18 Mei 2022 | WTC, Kuala Lumpur
YAB Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-48 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.
Wilayah utara merangkumi 3 PPN iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang masing-masing
menerima RM120,000. Sebanyak RM70,000 bagi Wakalah Zakat dan RM50,000 bagi Geran Pengurusan Mesyuarat Agung PPN.
Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Timbalan I & II Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Pengerusi & Ketua Pengarah LPP serta dif-dif jemputan. Perdana Menteri dalam ucapannya menekan 3 aspek utama, bantuan kepada pesawah berjumlah RM200 sebulan bagi tempoh enam bulan sementara menunggu hasil tuaian padi.
Kedua, NAFAS menguasai keseluruhan rantaian nilai pasaran ayam bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dan ketiga peruntukan sebanyak RM4.47 juta dari Tabung Bencana Pertanian telah diluluskan oleh kerajaan melalui LPP untuk membantu 29 Pertubuhan Peladang dan 483 Ahli Peladang yang terjejas akibat bencana alam pada tahun ini.
Pada majlis yang sama, NAFAS turut mengumumkan kadar dividen bagi Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP), Dana Peladang Kebangsaan bagi tahun kewangan berakhir Disember 2021 dengan jumlah pembayaran sebanyak RM8.5juta. Kadar dividen yang diumumkan adalah sebanyak 8% yang akan memberi manfaat kepada hampir 6,000 pelabur dari kalangan ahli Peladang.
14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...
Read more26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)
Read more30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...
Read moreTahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini
Read moreDana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.
Read morePerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.
Read moreMAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!
Read moreSemuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.
Read moreDahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.
Read more