30 Mac 2022 | Ibu Pejabat NAFAS
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) pada hari ini menganjurkan Majlis Pelancaran Jubli Emas 50 tahun yang disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.
Penubuhan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) pada 31 Mac 1972 adalah daripada ilham Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein Al Haj. Sehingga hari ini, NAFAS telah disertai 14 Pertubuhan Peladang Negeri, (PPN), 279 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan dianggotai 928,636 ahli peladang di seluruh negara.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dalam ucapan perasmiannya berkata, tempoh 50 tahun yang dilalui NAFAS telah memperlihatkan betapa usaha keras dalam memastikan kebajikan serta menjaga kesejahteraan ahlinya, sekali gus terus mengembangkan dan memajukan sektor pertanian negara secara keseluruhannya.
Bagi memastikan NAFAS terus kekal relevan sebagai payung kepada rantaian Pertubuhan Peladang, NAFAS akan melaksanakan 5 Tekad NAFAS sebagai fokus menuju tahun 2030. Meniti usia 50 tahun, NAFAS lebih bersedia mendepani cabaran dan melihat kepada keperluan masa depan.
Sebagai sebuah institusi yang menerajui pergerakan Pertubuhan Peladang serta sebagai badan perniagaan yang berdaya maju, NAFAS akan lebih dinamik dan produktif dalam mengurus serta membentuk masyarakat tani yang berdikari, makmur dan bersatu padu demi Keluarga Peladang.
14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...
Read more26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)
Read more30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...
Read moreTahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini
Read moreDana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.
Read morePerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.
Read moreMAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!
Read moreSemuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.
Read moreDahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.
Read more