Pengumuman dan hebahan terkini berkaitan informasi dan aktiviti NAFAS & syarikat subsidiari.
Untuk makluman kepada Jawatankuasa Kumpulan Peladang Nita dan Peladang Muda Peringkat Kebangsaan, Negeri serta Kawasan Logo boleh di Muat Turun dalam format PNG/JPG di Media > Muat Turun
BERMINAT UNTUK TERUS DIMASUKKAN DI DALAM SENARAI PEMBIDA???
Pihak NAFAS akan e-mail kepada anda pada bila-bila masa sahaja untuk pelawaan sebutharga sekiranya terdapat bukaan tender/sebutharga yang ...
Borang permohonan untuk penggunaan jenama PELADANG boleh dimuat turun di bahagian menu MEDIA>MUAT TURUN laman web NAFAS.
Pegawai Pembangunan Peladang (PPP) berperanan sebagai 'duta NAFAS' untuk berhubung dengan masyarakat khususnya ahli pertubuhan peladang, kata Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Puan Normah Yusof. Berucap pada Program Permukiman PPP Bersama AJP NAFAS di sebuah hotel di ibu negara, 2 Oktober lalu, PPP ujar Normah perlu membantu ahli peladang dengan baik dan teratur serta berusaha membangunkan para peladang, pertubuhan peladang dan negara.
Perubahan adalah agen penting dalam sesebuah organisasi dan tanpa adanya perubahan, organisasi besar kemungkinan akan 'pupus', kata Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Mohd Hisyamuddin Ghazali. Berucap merasmikan Program Permukiman Pegawai Pembangunan Peladang (PPP) Bersama AJP NAFAS di sebuah hotel di ibu negara, 1 Oktober lalu, Hisyamuddin mengingatkan bahawa sesebuah organisasi akan runtuh jika tidak mempunyai kekuatan dan kehebatan.