logo-nafas

LATAR BELAKANG

Hasrat ahli-ahli peladang di seluruh negara yang mendambakan adanya Bank Peladang telah disuarakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS kali ke 38 pada10 November 2011. Mesyuarat telah memutuskan supaya NAFAS mengambil inisiatif dengan menggunapakai kaedah-kaedah yang sedia ada bagi mewujudkan Bank Peladang. Hasrat ini telah mendapat perhatian Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Y. B Menteri melalui "Kuasa-Kuasa Khas Menteri" seksyen 27(2), Akta Pertubuhan Peladang telah meluluskan pembentukan Dana Peladang Kebangsaan (DPK). Pada 11 September 2012, Pendaftar Pertubuhan Peladang telah meluluskan Kaedah Dana Peladang Kebangsaan (DPK) bagi memulakan operasi. DPK telah dilancarkan secara rasmi oleh Y.A.B Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak di Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) kali ke 39 pada 17 Disember 2012.

Penubuhan dan pembentukan DPK ini adalah sebahagian daripada strategi lautan biru NAFAS sebagai pertubuhan induk peladang negara. Matlamat utama penubuhan Dana Peladang kebangsaan (DPK) adalah menyediakan perkhidmatan kewangan kepada ahli dan rangkaian Pertubuhan Peladang yang melibatkan NAFAS, 14 PPN, 276 PPK, dan 800,272 ahli individu peladang berdaftar di seluruh negara.

Penubuhan DPK ini bertujuan mewujudkan satu saluran pusat pengumpulan dan penggunaan dana yang menyeluruh kepada semua ahli dan institusi peladang. Operasi DPK akan dapat mengurangkan penggunaan modal daripada sumber luar dan dapat mengurangkan pembayaran kos kewangan. Seterusnya keuntungan yang diperoleh daripada kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh DPK dapat dikongsi bersama ahli Pertubuhan Peladang melalui perkongsian keuntungan dengan mekanisma pembayaran dividen dan bonus.

Skim yang ditawarkan oleh DPK termasuklah Skim Pelaburan Khas Dana Peladang Kebangsaan (SPKP), Skim Simpanan Biasa, Skim Simpanan Tetap, Skim Pembiayaan Jangka Panjang, Skim Pembiayaan Jangka Pendek, Ar-Rahnu dan Projek Usahasama serta Modal Teroka (venture capital). Sektor yang diceburi termasuk projek agromakanan dan

tanaman industri seperti Pembangunan Industri Buah-buahan, Pembangunan Industri Padi, Pembangunan Industri Ternakan, Pembangunan Industri Ruminan, Pembangunan Industri Kelapa, Pembangunan Industri Sayuran Dan Tanaman Ladang, Pembangunan Industri Florikultur, Pembangunan Industri Akuakultur, Pembangunan Industri Asas Tani, Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan, Pembangunan Industri Komoditi Berdaya Maju (seperti Kelapa Sawit, Getah, Koko Dan Lada Hitam), Pembangunan Industri Agro-pelancongan, Pembangunan Institusi Latihan Dan Sumber Manusia, Pembangunan Pemasaran. Untuk peringkat permulaan, saham awal melalui "Skim Pelaburan Khas Dana Peladang" (SPKP) sebanyak RM100.00 juta telah ditawarkan untuk langganan dengan pecahan syer meliputi NAFAS (RM30 juta), PPN (RM30 juta), PPK (RM20 juta) dan ahli individu (RM20 juta).

Penubuhan DPK membolehkan pengembelingan sumber dana secara berpusat diwujudkan seterusnya diagihkan dengan efisyen untuk menyediakan kemudahan kewangan yang akan digunakan oleh ahli Pertubuhan Peladang bagi membiayai projek. Rangkaian Pertubuhan Peladang dan ahli peladang akan dapat menjana pendapatan melalui projek-projek berdaya saing yang dihasilkan selanjutnya dapat meningkatkan pendapatan ahli Pertubuhan Peladang dengan pendapatan per kapita diantara USD 15,000 ke USD 20,000 setahun (RM45,000 hingga RM60,000 setahun) menjelang tahun 2020 manakala sumber dana pula akan memberi pulangan daripada Simpanan dan Pelaburan yang diwujudkan seterusnya kekayaan negara dapat dikongsi bersama ahli Pertubuhan Peladang.

Melalui penubuhan DPK ianya menjadi instrumen kewangan utama kepada peladang yang menjadi pelengkap kepada Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan dalam membantu meningkatkan ekonomi peladang dan penternak serta dapat mengukuhkan sektor pertanian negara. Dengan adanya sumber dana yang terancang, ianya dapat mempercepatkan proses Pertubuhan Peladang menjadi pengeluar utama makanan negara dan dapat mengurangkan import makanan. DPK akan melalui fasa perkembangan dalam menjadi sebuah Bank Peladang yang efisyen dan kompetitif bersama entiti-entiti kewangan tempatan. Penubuhan DPK juga bakal menguatkan rangkaian 3 serangkai iaitu Produktiviti, Inovasi dan Efisien sebagai peneraju kepada pembangunan Pertubuhan Peladang. Fasa perkembangan ini akan menjadikan DPK sebagai sebuah entiti kewangan yang menawarkan kemudahan-kemudahan kepada masyarakat amnya dan warga tani negara khususnya.

OBJEKTIF PENUBUHAN DPK

i. Menyatukan sumber dana daripada ahli dan institusi peladang.

ii. Sebagai alternatif pelaburan kepada ahli dan institusi peladang.

iii. Menggembleng dana yang dikumpul untuk menjana pendapatan dan diagihkan kepada Pertubuhan Peladang (PP).

iv. Menjadi medium meningkatkan perkongsian kekayaan negara kepada peladang.

v. Menyediakan kemudahan mikro kredit secara mudah, cepat dan amanah kepada masyarakat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah untuk kegunaan modal perniagaan secara kecil-kecilan atau besar dan lain-lain aktiviti yang produktif bagi membangunkan ekonomi PP.

vi. Sebagai alternatif kepada PP untuk memenuhi keperluan tunai melalui transaksi yang berlandaskan hukum syarak.

PRODUK-PRODUK DPK

Tujuan penubuhan DPK pula ialah untuk mengwujudkan saluran pengurusan dana yang disatukan bagi rangkaian gerakan PP. DPK berkonsepkan menerima dana sebagai deposit dan memberi perkhidmatan kemudahan pembiayaan rangkaian PP. Operasi yang dijalankan oleh DPK berlandaskan syariah menjadi asas produk DPK.

Aktiviti pekhidmatan yang dijalankan oleh DPK dipecahkan kepada dua bahagian iaitu sumber dana dan penggunaan dana yang melibatkan Pelaburan, Simpanan, Pembiayaan dan Ar-Rahnu. Seperti yang termaktub di dalam Kaedah DPK, DPK boleh menerima dana daripada Pelaburan, Simpanan, Sumbangan Kerajaan, Pinjaman Luar dan Lain-lain Pemberian.

Produk-produk DPK tersebut ialah:-

i. Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP)
ii. Simpanan Biasa
iii. Simpanan Tetap
iv. Pembiayaan Jangka Pendek
v. Pembiayaan Jangka Panjang
vi. Ar-Rahnu
vii. Projek Usahasama/Modal Teroka

Hakcipta Terpelihara

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
 
Pautan Laman
Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   
Statistik Pelawat
 
Pelawat : click tracking
  Kemaskini Terakhir :
02-08-2017 15:29:00 PM
  Paparan Terbaik 1200 x 800