logo-nafas

KONVENSYEN PADI KEBANGSAAN BINCANG LONJAKAN INDUSTRI BERAS NEGARA

konvensyenpadi03k


Konvensyen Padi Kebangsaan 2019 telah berlangsung di Tabung Haji Convention Centre, Alor Setar pada 10 September lalu. Konvensyen ini telah dirasmikan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan dihadiri 400 peserta. Ia diadakan sebagai platform para pengusaha rantaian nilai industri padi negara untuk berbincang tentang pengurusan berskala besar dan keupayaan teknologi ke arah perusahaan padi secara komersial. Konvensyen ini telah menarik kehadiran 260 peladang dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak juga lebih 100 pegawai agensi kerajaan yang terlibat dalam pengurusan padi antaranya MADA, KADA, IADA, Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). Turut serta 40 wakil syarikat swasta dan pemain industri dalam rantaian padi dan beras seperti syarikat agrokimia, pengilang padi dan pembekal perkhidmatan.

  konvensyenpadi01k

Para tetamu khas bergambar ramai bersama Menteri Pertanian dan Menteri Besar Kedah. Turut kelihatan Datuk Mazlan Aliman dan Dato' Phahrolrazi.

Hadir mengiringi Perdana Menteri di majlis perasmian ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Salahuddin Ayub dan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Utama Mukhriz Mahathir. Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Ir Amirudin Hamzah, Pengerusi LPP, Datuk Mazlan Aliman, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Dato' Phahrolrazi Mohd Zawawi, Pengerusi KADA, Senator Datuk Husam Musa dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

konvensyenpadi02k

Mazlan dan Phahrolrazi tekun mendengar pembentangan.


Dato' Salahuddin Ayub ketika melancarkan Hala Tuju Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani: Prioriti dan Strategi 2019-2020, di MAEPS Serdang, 14 Februari lalu menekan peranan yang bakal dimainkan oleh NAFAS dalam meningkatkan prestasi industri beras negara. "Kerajaan akan mengkaji model land consolidation yang terbaik untuk memastikan kepentingan keempat-empat pihak iaitu pemilik tanah, pesawah, kerajaan dan pelabur, akan terpelihara. Saya menyarankan agar usaha penyusunan dan penyatuan tanah sawah ini dilaksanakan oleh pertubuhan yang diwakili oleh pesawah sendiri iaitu Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). "NAFAS perlu memastikan pengurusan sawah diberikan kepada pihak yang berkemampuan untuk melabur dan mempunyai kompetensi untuk menganjak hasil pengeluaran ke tahap yang lebih tinggi," ucapan beliau dipetik.

Mazlan dan Phahrolrazi tekun mendengar pembentangan.
02-09-2020
NAFAS SUMBANG RM100,000 KEPADA ASNAF DI MELAKA
NAFAS SUMBANG RM100,000 KEPADA ASNAF DI MELAKA

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan program Prihatin Peladang Melaka yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan I pada 28 Ogos...

Read more
24-07-2020
MENTERI MAFI ADAKAN PERJUMPAAN DENGAN PENGERUSI PPN DAN AJP NAFAS
MENTERI MAFI ADAKAN PERJUMPAAN DENGAN PENGERUSI PPN DAN AJP NAFAS

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengadakan perjumpaaan bersama Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Kota Damansara...

Read more
25-06-2020
DATUK SERI DR. RONALD KIANDEE LAWAT KILANG MNFSB, GURUN
 DATUK SERI DR. RONALD KIANDEE LAWAT KILANG MNFSB, GURUN

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee mengadakan lawatan kerja ke Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) di Gurun, Kedah pada 22 Jun 2020. Malaysian NPK Fertilizer Sdn...

Read more
01-06-2020
DR. ANIS - TKSU MOA DILANTIK TERAJUI NAFAS
DR. ANIS - TKSU MOA DILANTIK TERAJUI NAFAS

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengumumkan pelantikan Dr. Anis Mahmud sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang baharu berkuatkuasa 15 Mei 2020. Pelantikan Dr. Anis yang juga Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian...

Read more
16-03-2020
NAFAS & PETRONAS TURUN KE BENDANG
NAFAS & PETRONAS TURUN KE BENDANG

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) buat julung kalinya menjalankan projek Tanaman Padi Bersepadu bersama Petronas di Kampung Namdam, Kubur Panjang, Kedah. Seramai 68 peserta terpilih untuk terlibat dalam mengusahakan 70 hektar sawah...

Read more
18-02-2020
LPP, KADA DAN NAFAS SEDIA BANGUNKAN SEKTOR PERTANIAN KELANTAN
LPP, KADA DAN NAFAS SEDIA BANGUNKAN SEKTOR PERTANIAN KELANTAN

KOTA BHARU, 16 Feb | Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman berkunjung ke pejabat Pengerusi KADA, Senator Datuk Husam Musa di ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA),...

Read more
18-02-2020
PROJEK TANAMAN PADI WANGI 88 TINGKAT PENDAPATAN PESAWAH
PROJEK TANAMAN PADI WANGI 88 TINGKAT PENDAPATAN PESAWAH

ALOR SETAR, 13 Feb | Seusai menghadiri majlis penyerahan bantuan diesel jentera pengepam air untuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh Kedah dan Pulau Pinang di PPK PPK Aman C-III MADA...

Read more
18-02-2020
NAFAS SERAH BANTUAN DIESEL UNTUK PESAWAH MENGAIRI BENDANG
NAFAS SERAH BANTUAN DIESEL UNTUK PESAWAH MENGAIRI BENDANG

ALOR SETAR, 13 Feb | Program Bantuan Diesel jentera pengepam air bagi mengairi sawah padi di utara Semenanjung berlangsung di perkarangan premis Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Aman C-III MADA Tajar,...

Read more
11-02-2020
TANPA PEGAWAI, MENTERI SELAMI MASALAH PESAWAH
TANPA PEGAWAI, MENTERI SELAMI MASALAH PESAWAH

Awal bulan ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah turun padang melawat kawasan IADA Rompin dan Sawah Endau, Johor. Beliau yang membuat lawatan tanpa para...

Read more
05-02-2020
PERUNTUKAN RM640,000 SEMPENA JOM KEMBALI KE SEKOLAH
PERUNTUKAN RM640,000 SEMPENA JOM KEMBALI KE SEKOLAH

Peruntukan sebanyak RM30,000 dari RM640,000 telah diperuntukkan kepada 150 penerima Jom Kembali ke Sekolah oleh NAFAS kepada pelajar asnaf di sekitar Dun Templer, pada tahun ini. NAFAS berusaha menjadikan pendidikan...

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2020 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)