logo-nafas

PROGRAM JOM KEMBALI KE SEKOLAH JELAJAHI SERATA SEMENANJUNG

BTSMerbok01 kKOTA DAMANSARA, 27 Dis | Bagi memenuhi tanggung jawab sosial korporatnya, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melaksanakan program Jom Ke Sekolah di lokasi terpilih seluruh Semenanjung bertujuan membantu anak-anak ahli Peladang daripada golongan B40 (pendapatan isi rumah di bawah RM3,650 sebulan) untuk membuat persiapan menghadapi musim baru persekolahan.

Program ini telah dilancarkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub di bandar Muar, 13 Disember lalu dan akan berakhir hujung bulan ini.

Program khidmat sosial anjuran NAFAS itu memberi manfaat kepada 3,200 keluarga ahli Peladang. Setiap penerima diberi baucar bernilai RM100 hingga RM200 bagi membeli barangan keperluan sekolah di pusat membeli belah dan kedai pakaian terpilih.

Di MERBOK, Kedah, program Jom Ke Sekolah berlangsung di premis Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merbok, 24 Disember lalu.

Program dirasmikan Pengerusi Peladangnita Kebangsaan, Dato' Hajah Rokiah Haji Hashim.

Hadir sama Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Kedah, Dr Azizi Mohd Atar dan Pengurus Besar PPK Merbok, Encik Ismihan Mohamed.

Seramai 300 orang anak ahli Peladang dari PPK Merbok, PPK Kuala Muda, PPK Kuala Ketil dan PPK Sungai Petani menerima baucar bernilai RM100 bagi membeli keperluan persekolahan di gedung pakaian Hari-Hari.

Dato' Rokiah ketika berucap berterimakasih kepada NAFAS kerana menyalurkan peruntukan khidmat sosial kepada para Peladang di kawasan Merbok.

Beliau berharap program seumpama ini diteruskan pada masa-masa akan datang.

Foto di atas : Dato' Rokiah diiringi tetamu jemputan menyampaikan baucar kepada anak-anak Peladang.

BTSKluang02 k
Haji Muhamad Said bersama anak-anak yang selesai membeli belah di Kluang.

Di KLUANG, Johor, majlis perasmian program Jom Ke Sekolah berlangsung di Dewan PPK Kluang, 24 Disember lalu.

Perasmian program disempurnakan Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, YB Muhamad Said bin Jonit yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mahkota.

Hadir sama Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Kluang, Misbah Misran dan Timbalan Pengurus Besar PPK Kluang, Mohd Zakri Zulkefli.

Seramai 150 pelajar anak ahli Peladang menerima baucar bernilai RM150 untuk membeli barangan kelengkapan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari Taman Intan, Kluang.

Muhamad Said berharap sumbangan itu dapat memberi semangat dan keceriaan bagi pelajar memulakan sesi persekolahan awal bulan hadapan.

Program Kembali Ke Sekolah turut bertandang ke daerah SIK, Kedah, 25 Disember lalu.

BTSSik03 k

Ibrahim berucap pada majlis perasmian Jom Ke Sekolah di pekarangan Pejabat Penyelaras Parlimen Sik.

Majlis dirasmikan Penyelaras Parlimen Sik, Encik Azli Che Uda bertempat di perkarangan Pejabat Penyelaras Parlimen Sik.

Seramai 50 orang pelajar terdiri daripada anak-anak ahli Peladang kawasan menerima baucar bernilai RM100.

Mereka kemudian membeli barangan keperluan sekolah di kedai Gemilang Utara Trading di pekan Sik.

Sumbangan untuk anak-anak Peladang kumpulan B40 ini diharap dapat membantu ibu bapa membuat persediaan menghadapi musim persekolahan baru.

Hadir sama di majlis perasmian Pegawai Perhubungan Peladang (PPP) Kedah, Ibrahim Suppian, Timbalan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sik, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Belantik dan Pegawai Khas Exco Agama Negeri Kedah, Ustaz Firdaus Jaafar.

BTSPasirMas04 k

Hisyamuddin dan tetamu jemputan mengiringi Haji Bahari menyampaikan sumbangan persekolahan kepada pelajar di SK Dato' Abdul Hamid (1) Pasir Mas.

Di PASIR MAS, Kelantan, Program Jom Ke Sekolah berlangsung di SK Dato' Abdul Hamid (1), Pasir Mas, pada pagi 26 Disember.

Majlis penyampaian sumbangan telah disempurnakan Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Encik Mohd. Hisyamuddin bin Ghazali.

Hadir sama Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Mas, Haji Bahari bin Daud.

Seramai 300 orang penerima telah menerima baucar pembelian bernilai RM100 setiap seorang bagi pembelian barangan kelengkapan sebagi persediaan permulaan sesi persekolahan tahun 2020.

BTSMelaka05 k

 Abdul Kalam menyampaikan baucar kepada keluarga Peladang di sebuah pasaraya di Jasin, Melaka.

Di JASIN, Melaka pada hari yang sama, berlangsung program Jom Ke Sekolah di perkarangan Pasaraya Borong Sakan, bandar baru Jasin.

Perasmian program disempurnakan Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Encik Abdul Kalam bin Hassan.

Seramai 150 orang anak ahli Peladang menerima baucar pembelian bernilai RM200 bagi membeli barangan kelengkapan sekolah.

Di majlis yang sama, Abdul Kalam turut mewakili NAFAS menyampaikan agihan wakalah zakat berjumlah RM20,000 kepada wakil PPK Merlimau, PPK Jasin, PPK Melaka Tengah, PPK Alor Gajah dan PPK Masjid Tanah dengan jumlah keseluruhan RM100,000.

Hadir sama Adun Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman, Adun Rim, Datuk Wira Haji Ghazale Muhamad dan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Melaka, Encik Mohd Noor bin Jantan.

 

18-02-2020
LPP, KADA DAN NAFAS SEDIA BANGUNKAN SEKTOR PERTANIAN KELANTAN
LPP, KADA DAN NAFAS SEDIA BANGUNKAN SEKTOR PERTANIAN KELANTAN

KOTA BHARU, 16 Feb | Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman berkunjung ke pejabat Pengerusi KADA, Senator Datuk Husam Musa di ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA),...

Read more
18-02-2020
PROJEK TANAMAN PADI WANGI 88 TINGKAT PENDAPATAN PESAWAH
PROJEK TANAMAN PADI WANGI 88 TINGKAT PENDAPATAN PESAWAH

ALOR SETAR, 13 Feb | Seusai menghadiri majlis penyerahan bantuan diesel jentera pengepam air untuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh Kedah dan Pulau Pinang di PPK PPK Aman C-III MADA...

Read more
18-02-2020
NAFAS SERAH BANTUAN DIESEL UNTUK PESAWAH MENGAIRI BENDANG
NAFAS SERAH BANTUAN DIESEL UNTUK PESAWAH MENGAIRI BENDANG

ALOR SETAR, 13 Feb | Program Bantuan Diesel jentera pengepam air bagi mengairi sawah padi di utara Semenanjung berlangsung di perkarangan premis Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Aman C-III MADA Tajar,...

Read more
11-02-2020
TANPA PEGAWAI, MENTERI SELAMI MASALAH PESAWAH
TANPA PEGAWAI, MENTERI SELAMI MASALAH PESAWAH

Awal bulan ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah turun padang melawat kawasan IADA Rompin dan Sawah Endau, Johor. Beliau yang membuat lawatan tanpa para...

Read more
05-02-2020
PERUNTUKAN RM640,000 SEMPENA JOM KEMBALI KE SEKOLAH
PERUNTUKAN RM640,000 SEMPENA JOM KEMBALI KE SEKOLAH

Peruntukan sebanyak RM30,000 dari RM640,000 telah diperuntukkan kepada 150 penerima Jom Kembali ke Sekolah oleh NAFAS kepada pelajar asnaf di sekitar Dun Templer, pada tahun ini. NAFAS berusaha menjadikan pendidikan...

Read more
04-02-2020
PELADANG DITIMPA MUSIBAH BANJIR TERIMA BANTUAN
PELADANG DITIMPA MUSIBAH BANJIR TERIMA BANTUAN

Majlis Penyampaian Bantuan Bencana Ahli Peladang Negeri Terengganu berlangsung di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu, Terengganu, 31 Januari lalu. Bantuan disampaikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub...

Read more
31-01-2020
WAWANCARA : PERANAN & CABARAN NAFAS
WAWANCARA : PERANAN & CABARAN NAFAS

NAFAS ingin memastikan petani mendapat pendapatan yang tinggi dan negara mempunyai makanan yang mencukupi. Selain berdepan dengan cabaran kekurangan peladang muda, NAFAS kini memberikan latihan teknologi pertanian moden untuk golongan peladang...

Read more
13-01-2020
NAFAS YAKIN KSU BARU MAMPU PACU KEMAJUAN SEKTOR PERTANIAN
NAFAS YAKIN KSU BARU MAMPU PACU KEMAJUAN SEKTOR PERTANIAN

KOTA DAMANSARA, 9 Jan | Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengucapkan tahniah di atas perlantikan Dato' Haji Zainal Azman Abu Seman sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani...

Read more
10-01-2020
ANUGERAH PERDANA YAYASAN PELAJARAN PELADANG IKTIRAF ANAK AHLI CEMERLANG
ANUGERAH PERDANA YAYASAN PELAJARAN PELADANG IKTIRAF ANAK AHLI CEMERLANG

KOTA DAMANSARA, 9 Jan | Anak-anak peladang yang cemerlang dalam pelajaran menerima pengiktirafan dalam Majlis Anugerah Perdana Yayasan Pelajaran 2019 anjuran Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), 9 Januari lalu. Anugerah disampaikan Ketua...

Read more
07-01-2020
FOKUS TINGKATKAN PENDAPATAN PESAWAH, NELAYAN
FOKUS TINGKATKAN PENDAPATAN PESAWAH, NELAYAN

PUTRAJAYA, 6 Jan | Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam amanat tahun baharunya hari ini mahu warga kementerian memberi keutamaan terhadap inisiatif untuk meningkatkan pendapatan...

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2020 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)