ALOR SETAR, 13 Feb | Program Bantuan Diesel jentera pengepam air bagi mengairi sawah padi di utara Semenanjung berlangsung di perkarangan premis Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Aman C-III MADA Tajar, dekat sini, 13 Feb lalu.
Sumbangan kepada PPK seluruh Kedah dan Pulau Pinang itu disampaikan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) NAFAS, Dato' Haji Phahrolrazi Mohd Zawawi.
Foto di atas : Wakil PPK Kedah dan Pulau Pinang bergambar bersama tetamu utama seusai majlis penyerahan bantuan diesel. |
Dato' Phahrolrazi menyerahkan bantuan kepada wakil PPK Kedah, Ridzwan Arshad sambil diiringi Haji Shaari dan para tetamu utama. |
Bantuan berjumlah RM300,000 kepada ahli peladang di Kedah dan Pulau Pinang itu diterima AJP Peladang Muda Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Kedah, Ridzwan Arshad Ahmad dan Pengerusi PPN Pulau Pinang, Yusri Ishak.
Peruntukan bantuan diesel ini akan diagihkan oleh PPK kepada ahli peladang yang mengusahakan tanaman padi mengikut permintaan dan keperluan mereka.
Antara tetamu yang hadir pada majlis penyerahan bantuan diesel oleh NAFAS. |
Diharapkan bantuan ini dapat dimanfaatkan bagi menyelesaikan masalah sawah kering yang dihadapi para petani.
Pam air diperlukan bagi membekalkan air ke petak sawah. Keperluan pam air dalam sistem penanaman padi komersial penting bagi memastikan air dapat dialirkan ke petak sawah mengikut jumlah dan waktu yang tepat.
Lazimnya penggunaan pam air diesel sangat diperlukan terutamanya pada musim kemarau.
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan program Prihatin Peladang Melaka yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan I pada 28 Ogos...
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengadakan perjumpaaan bersama Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Kota Damansara...
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee mengadakan lawatan kerja ke Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) di Gurun, Kedah pada 22 Jun 2020. Malaysian NPK Fertilizer Sdn...
Read morePertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengumumkan pelantikan Dr. Anis Mahmud sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang baharu berkuatkuasa 15 Mei 2020. Pelantikan Dr. Anis yang juga Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian...
Read morePertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) buat julung kalinya menjalankan projek Tanaman Padi Bersepadu bersama Petronas di Kampung Namdam, Kubur Panjang, Kedah. Seramai 68 peserta terpilih untuk terlibat dalam mengusahakan 70 hektar sawah...
Read moreKOTA BHARU, 16 Feb | Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman berkunjung ke pejabat Pengerusi KADA, Senator Datuk Husam Musa di ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA),...
Read moreALOR SETAR, 13 Feb | Seusai menghadiri majlis penyerahan bantuan diesel jentera pengepam air untuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh Kedah dan Pulau Pinang di PPK PPK Aman C-III MADA...
Read moreALOR SETAR, 13 Feb | Program Bantuan Diesel jentera pengepam air bagi mengairi sawah padi di utara Semenanjung berlangsung di perkarangan premis Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Aman C-III MADA Tajar,...
Read moreAwal bulan ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah turun padang melawat kawasan IADA Rompin dan Sawah Endau, Johor. Beliau yang membuat lawatan tanpa para...
Read morePeruntukan sebanyak RM30,000 dari RM640,000 telah diperuntukkan kepada 150 penerima Jom Kembali ke Sekolah oleh NAFAS kepada pelajar asnaf di sekitar Dun Templer, pada tahun ini. NAFAS berusaha menjadikan pendidikan...
Read more