Sambutan Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 bakal berlangsung di Plaza Angsana, Johor Bahru bermula 28 November akan datang. Program empat hari yang berakhir pada 1 Disember itu diadakan setiap tahun bagi menghargai sumbangan peladang, penternak dan nelayan yang menjadi penyumbang utama makanan negara. HPPNK turut menjadi platform kepada para peladang, penternak dan nelayan untuk mempromosi hasil dan produk pertanian mereka, memperkenalkan teknologi terkini industri pertanian disamping membuka peluang perniagaan kepada para pengusaha dalam sektor pertanian. Sambutan Hari Peladang pertama diadakan pada 6 Ogos 1975 di Perkarangan Bangunan Parlimen dan dirasmikan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussin. HPPNK 2019 di Johor Bahru bakal dirasmikan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Perlis menjadi lokasi seterusnya program Kasih Peladang apabila 500 penerima sumbangan yang terdiri daripada golongan asnaf hadir di Dewan Sivik, Arau pada 22 September lalu. Perasmian program Kasih Peladang Perlis itu disempurnakan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Dato' Phahrolrazi Mohd Zawawi. Majlis dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Peladang dan MADA negeri. Turut hadir Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Dato' Tengku Aziz Tengku Jaafar, Pengurus Besar NAFAS, Haji Ahmad Shaari dan Pengarah LPP Negeri Perlis, Azizul Lebai Ishak.
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) meneruskan Program Kasih Peladang Kedah dan kali ini Dewan Semarak Kasih, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lubuk Batu, Jitra dipilih sebagai lokasi program. Majlis perasmian disempurnakan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Dato' Phahrolrazi Mohd Zawawi. Program ini menyerlahkan komitmen NAFAS dalam memastikan setiap keuntungan dari aktiviti perniagaannya dikongsi semula bagi manfaat ahli peladang. Pada majlis itu, sejumlah RM45,000 telah disalurkan kepada 225 peladang asnaf dari sembilan Pertubuhan Peladang Kawasan negeri ini yang merupakan sebahagian daripada wakalah zakat perniagaan NAFAS di Kedah.
14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...
Read more26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)
Read more30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...
Read moreTahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini
Read moreDana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.
Read morePerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.
Read moreMAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!
Read moreSemuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.
Read moreDahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.
Read more