Pengumuman dan hebahan terkini berkaitan informasi dan aktiviti NAFAS & syarikat subsidiari.
Untuk makluman kepada Jawatankuasa Kumpulan Peladang Nita dan Peladang Muda Peringkat Kebangsaan, Negeri serta Kawasan Logo boleh di Muat Turun dalam format PNG/JPG di Media > Muat Turun
BERMINAT UNTUK TERUS DIMASUKKAN DI DALAM SENARAI PEMBIDA???
Pihak NAFAS akan e-mail kepada anda pada bila-bila masa sahaja untuk pelawaan sebutharga sekiranya terdapat bukaan tender/sebutharga yang ...
Borang permohonan untuk penggunaan jenama PELADANG boleh dimuat turun di bahagian menu MEDIA>MUAT TURUN laman web NAFAS.
BELURAN, 17 Okt | Para peladang disaran tidak terlalu bergantung kepada hasil komoditi seperti kelapa sawit malah perlu mengusahakan bidang lain yang mampu mendatangkan hasil lumayan sekaligus mengubah taraf hidup mereka. Berucap pada majlis perasmian Karnival Sarang Burung Walet 2019 Daerah Beluran, 17 Oktober lalu, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beluran, Datuk James Ratib menyeru peladang khususnya di kawasan itu supaya menceburi bidang ternakan burung walet yang terbukti mampu memberikan pulangan yang baik.
PONTIAN, 12 Okt | Pemerkasaan Unit Peladang perlu dilakukan bertujuan membuka ruang dan potensi projek-projek di peringkat akar umbi, kata Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman. Sehubungan itu, jelas beliau, satu kertas kerja bagi memperkasakan 7,400 Unit Peladang sedang dirangka Bahagian Perancangan LPP dan bakal dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah LPP dalam masa terdekat. "Tumpuan membantu peladang di akar umbi mesti digerakkan. Mereka ada tanah tapi ketiadaan modal. Mereka ada minat dan ingin terlibat dalam sektor pertanian. Justeru, bantuan dan bimbingan dalam bentuk modal, kepakaran dan latihan harus digembleng bersama (untuk mencapai hasrat ini)," ujar beliau. Mazlan berucap merasmikan program Mesra Peladang Johor di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pontian Selatan, dekat sini, 12 Oktober lalu.