Bersih dan Halal Untuk Kita Semua
NAFAS Food Processing & Marketing Sdn. Bhd.
(457384-V)
No. 1549, Mukim 12, Valdor Industrial Land,
14200 Sungai Bakap, Pulau Pinang.
NAFAS Food Processing & Marketing Sdn. Bhd.
(457384-V)
No. 1549, Mukim 12,
Valdor Industrial Land,
14200 Sungai Bakap, Pulau Pinang.
Pengenalan
Komitmen kepada Standard Halal dan Kualiti Premium
NAFAS Food Processing & Marketing Sdn. Bhd. (NFPMSB) memegang teguh integriti dan pematuhan kepada standard halal yang digariskan oleh Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM). Kami menjalankan perniagaan rantaian produk ayam segar, berkualiti, dan premium yang memenuhi sepenuhnya standard halal dari penternakan hingga ke pengedaran produk akhir kepada pelanggan.
Pematuhan Standard Halal dan Keselamatan Makanan
Kami mengamalkan pematuhan standard halal dan keselamatan makanan pada setiap aspek perniagaan kami, bermula dari penternakan, pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan, sehingga ke pengedaran produk akhir. Integriti dan kepatuhan kami terhadap standard halal dan keselamatan makanan adalah keutamaan kami.
Fasiliti Pemprosesan dan Penyimpanan Terkini
NAFAS Food Processing & Marketing Sdn. Bhd. (NFPMSB) mempunyai fasiliti penyembelihan dan penyimpanan yang lengkap serta disertifikasi dengan pelbagai standard termasuk MESTI, GMP, HACCP, ISO 9001, dan ISP 22000. Ini menjamin kualiti dan keselamatan produk kami.
Perkhidmatan
NAFAS Food Processing & Marketing Sdn. Bhd. (NFPMSB) merupakan pembekal ayam siap proses melalui rangkaian penternak yang merupakan ahli Peladang serta diedarkan daripada Pertubuhan Peladang seluruh negara. Kepercayaan dan kepatuhan terhadap standard kesihatan dan keselamatan adalah keutamaan kami.
Pembekal Ayam Segar untuk Agensi Kerajaan
Kami juga merupakan pembekal ayam segar dan berkualiti bagi Agensi Kerajaan di bawah Kontrak Panel Berpusat. Ini menunjukkan kebolehan dan kepercayaan dalam menyediakan produk yang memenuhi standard dan keperluan kerajaan.
Penyediaan Ayam Segar di Pasaran Terbuka
NAFAS Food Processing & Marketing Sdn. Bhd. (NFPMSB) bersedia memasarkan ayam segar di pasaran terbuka. Produk yang kami bekalkan termasuk ayam bersih, ayam potong, dan produk keratan, memenuhi pelbagai keperluan dan citarasa pelanggan.