Pengumuman dan hebahan terkini berkaitan informasi dan aktiviti NAFAS & syarikat subsidiari.
Untuk makluman kepada Jawatankuasa Kumpulan Peladang Nita dan Peladang Muda Peringkat Kebangsaan, Negeri serta Kawasan Logo boleh di Muat Turun dalam format PNG/JPG di Media > Muat Turun
BERMINAT UNTUK TERUS DIMASUKKAN DI DALAM SENARAI PEMBIDA???
Pihak NAFAS akan e-mail kepada anda pada bila-bila masa sahaja untuk pelawaan sebutharga sekiranya terdapat bukaan tender/sebutharga yang ...
Borang permohonan untuk penggunaan jenama PELADANG boleh dimuat turun di bahagian menu MEDIA>MUAT TURUN laman web NAFAS.
Rata-rata ahli peladang yang ditemui pada majlis Kasih Peladang Kelantan, melahirkan perasaan gembira dan bersyukur dengan bantuan zakat yang dihulurkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). Mereka berharap, bantuan seumpama ini diteruskan di masa-masa akan datang khususnya bagi membantu ahli peladang yang tidak berkemampuan selain membuktikan keprihatinan NAFAS dan pertubuhan peladang terhadap mereka.
RANTAU PANJANG - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) mahu Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) mengambil kesempatan untuk terlibat secara langsung dalam merealisasikan lima sektor baharu pertubuhan itu. Ahli Jemaah Pengarah Nafas, Mohd. Hisyamuddin Ghazali berkata, pihaknya mahu kira-kira 980,000 ahlinya yang majoritinya merupakan peladang itu menjana ekonomi melalui lima sektor baharu ini. "Sebelum ini kita dah umumkan lima sektor berkenaan iaitu sektor perladangan, industri ayam, ruminan (lembu), padi dan perdagangan dalam dan luar untuk meningkatkan ekonomi ahli kita. "Sebagai contoh jika kita lihat negeri Kelantan ini menjadi laluan bagi lembu dan kambing masuk sebelum dihantar ke negeri-negeri lain. Malah kita boleh lihat benih pokok hiasan yang dijual di kedai-kedai di tepi jalan antara kawasan Meranti di sini hingga ke Jeli juga dibawa dari negara jiran," katanya ketika ditemui ditemui di sini hari ini.