Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan program Reformasi Peladang 2019 selama dua hari pada 13 dan 14 April 2019 di Dewan Semai Bakti Felda Bukit Ramun, Kulaijaya, Johor. Program tersebut dirasmikan YB Tuan Sr. Dzulkefly bin Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor yang mewakili Menteri Besar Johor, YB Dr. Sahruddin bin Jamal. Turut hadir Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan bin Aliman, Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, YB Muhamad Said bin Jonit dan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPNJ, Dato’ Ali bin Shikh Ahmad.
Objektif program ini adalah bagi mengeratkan hubungan NAFAS dengan Ahli Peladang khususnya bagi penduduk setempat yang melibatkan kerjasama antara NAFAS, LPP Negeri Johor, Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ), Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Tinggi serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Felda Bukit Ramun, Johor. Dianggarkan lebih 1,000 pengunjung menyertai program yang terdiri daripada ahli-ahli peladang serta masyarakat setempat daripada pelbagai peringkat usia yang melibatkan kanak-kanak, golongan belia dan juga golongan veteran. Para pengunjung juga berpeluang menyertai pertandingan serta memenangi pelbagai hadiah menarik serta cabutan bertuah melalui sembilan segmen yang diadakan iaitu Cerna Minda Tani, AgroYouth, Agrokids, Agro Chef, Jualan Untuk Kita, Ziarah Peladang, Nostalgia Desa, Juadah Bonda dan Santai Malam.
Antaranya, diadakan kursus fertigasi cili dan rock melon, pertandingan memancing, kursus pemasaran online serta pertandingan dam haji, congkak dan sukaneka rakyat serta program kerohanian - Santai Malam bersama selebriti jemputan Zul Handyblack. Selain itu, turut diadakan pertandingan Agrochef yang dimeriahkan dengan penampilan Chef Naem.
Penganjuran program Reformasi Peladang ini akan diteruskan di negeri-negeri lain di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak sepanjang tahun ini. Program Reformasi Peladang ini dijadikan sebagai medium buat ahli peladang serta masyarakat mendapatkan informasi-informasi terkini berkaitan pertanian terutamanya daripada LPP, PPN serta PPK disamping memperkenalkan produk-produk keluaran jenama PELADANG.
14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...
Read more26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)
Read more30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...
Read moreTahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini
Read moreDana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.
Read morePerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.
Read moreMAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!
Read moreSemuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.
Read moreDahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.
Read more