BELURAN, 17 Okt | Beluran mampu menjadi hab pemprosesan sarang burung walet ekoran kegigihan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) itu menggiatkan aktiviti penternakan burung walet sebagai punca baru pendapatan ahlinya.
Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman berkata, pihaknya kini sedang mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Sabah bagi membina sebuah kilang memproses sarang burung walet bernilai RM3 juta di Beluran.
Foto di atas - Para penerima Projek Usahawan TPUP SBW 2019 bergambar bersama tetamu utama di akhir majlis. |
Datuk Mazlan berucap merasmikan Karnival Sarang Burung Walet 2019 Daerah Beluran di Dewan Masyarakat Beluran. |
Hadir sama pada majlis itu Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Encik Hisyamudin Ghazali, Pengarah LPP Sabah, Hajah Anita Misuari, Pengerusi PPK Beluran, Datuk James Ratib dan wakil-wakil ketua jabatan negeri dan persekutuan.
Datuk Mazlan menyampaikan kunci jentera pertanian sumbangan LPP kepada Pengerusi PKK Beluran, Datuk James Ratib. |
Pelbagai acara berlangsung pada program dua hari itu antaranya lelongan sarang burung walet, seminar sarang burung walet, penyampaian Projek Usahawan TPUP SBW 2019 dan majlis menandatangani MoU pemasaran burung walet antara PPK Beluran dengan sebuah syarikat pemasar produk sarang burung walet berpangkalan di Johor.
Mazlan menambah, LPP akan mengadakan perbincangan dengan pihak kementerian, AgroBank dan agensi berkaitan bagi merangka mekanisme pembiyaan kepada pengusaha sarang burung walet bertujuan merealisasikan cadangan menjadikan Beluran sebagai hab pengeluaran sarang burung walet negara.
Sehubungan itu, beliau menyarankan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan PPK bekerjasama bagi membangunkan industri burung walet.
Beluran katanya, bukan sahaja mampu menjadi pengeluar sarang burung walet malah menghasilkan produk hiliran berasaskan sarang burung walet.
Menurutnya, jika daerah Penggerang di Johor boleh dimajukan dengan industri minyak dan gas, tidak mustahil bagi Beluran menjadi daerah yang maju dengan industri sarang burung walet.
Mazlan turut mengumumkan keputusan LPP untuk melancarkan kempen 1 juta ahli peladang menjelang 2020 pada 1 November ini.
Kempen penambahan ahli secara atas talian (online) ini bertujuan mengurangkan karenah birokrasi disamping menarik orang ramai khususnya generasi muda bagi menjadi ahli peladang.
14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...
Read more26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)
Read more30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...
Read moreTahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini
Read moreDana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.
Read morePerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.
Read moreMAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!
Read moreSemuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.
Read moreDahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.
Read more