logo-nafas

PELBAGAI BENTUK BANTUAN RINGAN KOS SARA HIDUP PELADANG

ringanbebankKUALA LUMPUR, 21 Okt | Pelbagai bentuk bantuan disediakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) melalui jabatan dan agensi di bawahnya bertujuan meringankan kos sara hidup petani dan peladang, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahudin Ayub.

Menjawab soalan ahli parlimen Tenom, Noorita Sual pada sesi soal jawab Dewan Rakyat, pagi ini, Salahudin berkata, kementeriannya telah menyediakan bantuan kepada golongan sasar melalui pembiayaan kos pembukaan atau penyediaan kawasan dan kos input pertanian seperti bahan tanaman, baja dan peralatan ladang.

"Pada masa yang sama, khidmat nasihat daripada pegawai pengembangan juga dilakukan secara berterusan. Dengan demikian, para petani dan peladang ini dapat dibimbing dan dipantau pencapaian mereka," ujar beliau.

Noorita dalam pertanyaan lisannya mahu tahu usaha kementerian dalam meringankan kos sara hidup golongan petani dan peladang terutamanya di pedalaman Sabah.

Beliau juga inginkan kepastian sama ada MOA bercadang meneruskan program Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen.

Menambah lanjut, Salahudin berkata MOA di bawah inisiatif Sekretariat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) bertindak sebagai ketua kluster makanan dengan memberi fokus kepada usaha menambah baik bekalan makanan segar agar mencukupi, stabil dan selamat untuk dimakan.

"Penekanan MOA ialah kepada meningkatkan pengeluaran agromakanan supaya dapat menstabilkan harga pasaran di sepanjang rantaian pembekalan dan pemasaran makanan bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

"Oleh itu, di bawah pelan tindakan sara hidup negara yang sedang dibangunkan oleh Sekretariat NACCOL KPDNHEP, MOA menumpukan kepada pelaksanaan program dan inisiatif dalam menyumbang kepada harga makanan yang lebih berpatutan dan kompetitif untuk rakyat.

"Pada masa yang sama, MOA memastikan kebajikan petani, penternak dan nelayan yang kebanyakannya adalah dalam golongan B40 turut diambil kira," ujar beliau.

Menurut Salahudin, antara program yang telah dirangka dan dilaksanakan untuk menjadikan sektor agromakanan sebagai sumber pendapatan tetap dan menguntungkan adalah Program Sumber Kekayaan Baharu (SKB) menerusi Program Pembangunan Industri Ruminan, kelapa, durian, nanas dan jagung bijian, Pembangunan Industri Hiliran dan Projek Pertanian Rakyat.

Program Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP), tambah beliau telah dilaksanakan di bawah MOA melibatkan 222 kawasan Parlimen dengan kos keseluruhan sebanyak RM44.3 juta sepanjang Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10).

"Walau bagaimanapun, bagi RMKe-11 tiada peruntukan diberikan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) kini dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA). Sehubungan itu, Kementerian tidak lagi bercadang untuk meneruskan program MPPP," jelasnya.


Foto di atas - Pelbagai bantuan diberikan kerajaan melalui jabatan dan agensi bagi meringankan kos sara hidup petani dan peladang.

14-03-2023
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS

    14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...

Read more
26-01-2023
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS

 26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Read more
02-12-2022
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49

 30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...

Read more
02-12-2022
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA

  Tahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini

Read more
01-12-2022
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY

Dana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.

Read more
13-08-2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022

  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS

  MAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!  

Read more
13-08-2022
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ

  Semuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS

  Dahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.  

Read more
13-08-2022
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS

  Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.  

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2024 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)