KUALA LUMPUR, 23 Okt | Peningkatan peruntukan MOA untuk tahun 2020 membuktikan sektor agromakanan negara mendapat perhatian kerajaan dan akan terus dibangunkan dengan mampan untuk memastikan bekalan makanan adalah selamat dan mencukupi.
Selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, peruntukan untuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) dalam Bajet 2020 akan membantu meningkatkan pendapatan petani, penternak dan nelayan di samping berfungsi sebagai pemangkin kepada Rancangan Malaysia Ke-12 dan Dasar Agromakanan Negara 2.0.
Bajet 2020 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Dewan Rakyat, 11 Oktober lalu memperuntukkan RM4.9 bilion kepada MoA.
Daripada jumlah peruntukan tersebut, perbelanjaan mengurus MoA diperuntukkan sebanyak RM3.5 bilion, manakala perbelanjaan pembangunan adalah RM1.4 billion.
"Peruntukan bagi MoA telah ditingkatkan sebanyak 10.9% bagi tahun 2020 berbanding dengan peruntukan belanjawan 2019 yang diberi sebanyak RM4.4 bilion.
"Antara penumpuan yang diambil untuk sektor pertanian bagi tahun 2020 termasuklah pemberian elaun dan skim bagi para petani dan nelayan yang masih diteruskan serta langkah pemodenan bagi meningkatkan produktiviti mereka," kenyataan rasmi MoA dipetik.
Di antara penumpuan bagi sektor pertanian pada tahun 2020 adalah:
• RM855 juta untuk sektor padi. Peningkatan dari RM796 juta yang diperuntukkan pada 2019 di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) dan Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP). Subsidi Padi Bukit/Huma juga akan diteruskan.
• RM152 juta untuk nelayan. Ini termasuk Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) yang telah dinaikkan dari RM200 kepada RM250 sebulan.
• RM150 juta juga diperuntukkan sebagai galakan program integrasi tanaman seperti cili, nanas, kelapa, tembikai dan buluh.
• RM43 juta untuk Industri Pertanian 4.0 bagi membangunkan baka yang berkualiti dan berproduktiviti tinggi.
• RM30 juta untuk penghasilan beras padi pulut di Langkawi.
Bajet 2020 juga memperuntukkan RM100 juta bagi Dana Bantuan Bencana untuk membantu petani yang terkesan akibat bencana alam dengan pinjaman pada kadar faedah empat peratus.
14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...
Read more26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)
Read more30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...
Read moreTahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini
Read moreDana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.
Read morePerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.
Read moreMAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!
Read moreSemuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.
Read moreDahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.
Read more