PONTIAN, 26 Okt | Para petani boleh dianggap sebagai "benteng makanan negara" kerana berperanan membekalkan sumber makanan bagi para penduduknya.
Sehubungan itu, kerajaan akan terus berusaha membela nasib para petani, penternak dan nelayan kerana mereka adalah sebenarnya "hero negara", kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Foto di atas : Menyampaikan sumbangan kepada seorang asnaf peladang. |
Foto : Salahuddin berucap merasmikan Himpunan Peladang 2019 di SK Rambah, Pontian. |
Hadir sama pada majlis perasmian Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MoA), Dato' Salim Parlan, Ahli Jemaah Pengarah (AJP) NAFAS, Wan Kharizal Wan Khazim, Dato' Ahmad Bhari Abd Rahman dan Encik Ishak Taib, Pengarah Kumpulan Pembangunan Peladang NAFAS, Haji Abu Sujak Sahuji juga wakil-wakil Pertubuhan Peladang Negeri dan Kawasan.
Foto : Datuk Seri Salahuddin beramah mesra dengan petani yang hadir.
Pelbagai aktiviti berlangsung sepanjang program dua hari itu antaranya pameran dan jualan produk jenama "Peladang", servis dan penggantian minyak motorsikal percuma, ceramah santai oleh Ustaz Don Daniel, pertandingan masakan berasaskan nanas dan aktiviti galakan bertani untuk kanak-kanak atau Agro Kids.
Salahuddin turut menyampaikan wakalah zakat perniagaan NAFAS berjumlah RM80,000 kepada 400 asnaf peladang dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pontian Selatan dan PPK Pekan Nanas.
Bercakap kepada pemberita pada majlis yang sama, beliau berkata pihak MOA sedang meneliti Permohonan Cadangan (RFP) beberapa syarikat yang berminat untuk mendapatkan kontrak permit import beras.
Permit import beras yang kini dimiliki Padiberas Nasional Bhd (Bernas) akan tamat pada Januari 2021.
Foto : Sempat bertanya khabar seorang penerima bantuan. |
"Itu cadangan kita (MOA) supaya sesiapa sahaja nanti yang diberikan lesen oleh pihak kerajaan untuk berperanan seperti Bernas sebagai contoh, akan mengambil alih stok penimbal beras negara dan sejumlah wang RM300 juta yang kita peruntuk di situ ketika ini akan dapat digunakan untuk aktiviti lain," katanya.
Sambil menyifatkan cadangan itu sebagai 'berpandangan jauh', beliau berkata wang yang selama ini diperuntuk kepada Bernas dapat dialihkan kepada beberapa program MOA bagi membantu nelayan dan petani dari golongan B40.
"Sekarang ini memang kita (MOA) kena ada duit sebanyak itu (RM300 juta) untuk menjaga stok penimbal (beras).
"Lepas ini, mana-mana pihak yang ambil alih nanti...sama ada Bernas atau lain-lain, mereka yang menjaga stok penimbal. Jadi, kita dapat guna wang itu untuk tujuan lain," katanya.
14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...
Read more26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)
Read more30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...
Read moreTahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini
Read moreDana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.
Read morePerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.
Read moreMAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!
Read moreSemuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.
Read moreDahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.
Read more