logo-nafas

PELADANG BERPERANAN PASTIKAN BEKALAN MAKANAN NEGARA CUKUP

KasihSelayang01BATU CAVES, 10 Nov | Kerajaan berusaha melaksanakan perubahan dan anjakan paradigma untuk memastikan negara mempunyai bekalan makanan yang cukup tanpa bergantung kepada import sekaligus dapat meningkatkan pendapatan para petani, kata Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi.

"Jika sebuah negara itu mempunyai bekalan makanan yang cukup, pendapatan rakyat juga meningkat," ujar beliau.
Berucap pada majlis perasmian Jalinan Mesra Peladang 2019 di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang, dekat sini, 10 November lalu, Phahrolrazi berkata, negara yang mempunyai bekalan makanan yang cukup akan menjadi negara berdaulat dan mampu menghadapi segala cabaran dan 'gelombang dunia luar'.

Foto di atas : Dato’ Phahrol dengan disaksikan Dato’ Seri Anwar menyerahkan sumbangan zakat kepada wakil peladang asnaf Selangor.

KasihSelayang03

Sebahagian Asnaf Peladang mendaftar diri sebelum majlis bermula.


Sehubungan itu, katanya peranan para peladang amat penting bagi memastikan bekalan makanan negara mencukupi.

Majlis Perasmian Jalinan Mesra Peladang 2019 disempurnakan Ahli Parlimen Port Dickson, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Hadir sama Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Selayang, William Leong, Ahli-ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Dato' Ahmad Bhari Abd Rahman, Hisyamuddin Ghazali, Normah Yusof dan Senator Dr Yaakob Sapari serta Pengurus Besar NAFAS, Haji Ahmad Shaari.

Dato' Phahrolrazi turut melahirkan rasa gembira dengan sambutan yang diberikan para peladang dan masyarakat setempat terhadap program Jalinan Mesra Peladang yang dilaksanakan NAFAS itu.

Beliau turut menyentuh tentang sumbangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dilantik sebagai Menteri Pertanian pada dekat 1980-an.

"Sebab itu Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetahui tentang peladang dan mengetahui tentang NAFAS dan pertubuhan-pertubuhan peladang yang lain," katanya.

Program Jalinan Mesra Peladang 2019 berlangsung selama dua hari bermula 9 November dengan pameran dan jualan produk makanan jenama Peladang, jualan murah ayam Peladang, jualan input pertanian, benih tanaman dan jualan produk Qfish.

Sejumlah 50 gerai usahawan tempatan turut serta.

KasihSelayang02

Anwar sambal diiringi Sim, Phahrol dan Haji Ahmad Shaari menyampaikan sumbangan kepada anak peladang cemerlang.

Phahrol dengan disaksikan Anwar turut menyerahkan sumbangan zakat NAFAS kepada wakil 450 asnaf peladang dari sembilan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Selangor iaitu PPK Gombak/Petaling, Hulu Selangor, Hulu Langat, Dengkil, Beranang, Klang, Kuala Langat, Batu Laut dan Sepang.

Turut disampaikan sumbangan pendidikan kepada 18 mahasiswa dari kalangan anak-anak ahli peladang yang mendapat keputusan cemerlang, 3.50 CGPA dan ke atas bagi peringkat diploma dan ijazah di IPTA dan IPTS.

Penyerahan zakat ini adalah sebahagian daripada wakalah zakat perniagaan NAFAS kepada asnaf Peladang di negeri Selangor. Setiap seorang menerima wang tunai RM200 dengan nilai peruntukan RM90,000.

Anak-anak peladang yang menerima sumbangan pendidikan pula memperolehi RM1,000 setiap seorang.
Penyampaian sumbangan zakat ini membuktikan komitmen NAFAS dalam memastikan setiap keuntungan dari aktiviti perniagaan NAFAS dikongsi bersama ahli Peladang serta ahli keluarga mereka.

 

14-03-2023
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS

    14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...

Read more
26-01-2023
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS

 26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Read more
02-12-2022
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49

 30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...

Read more
02-12-2022
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA

  Tahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini

Read more
01-12-2022
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY

Dana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.

Read more
13-08-2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022

  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS

  MAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!  

Read more
13-08-2022
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ

  Semuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS

  Dahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.  

Read more
13-08-2022
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS

  Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.  

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2024 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)