Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengumumkan pelantikan Dr. Anis Mahmud sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang baharu berkuatkuasa 15 Mei 2020.
Pelantikan Dr. Anis yang juga Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan telah dipersetujui Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Ronald Kiandee.
Baru-baru ini, Dr. Anis telah mengadakan satu perjumpaan bersama pengurusan tertinggi NAFAS di ibu pejabat NAFAS, Kota Damansara.
Dalam sesi pengenalan itu, Dr. Anis telah diberi satu taklimat mengenai operasi NAFAS secara menyeluruh.
Pengurusan NAFAS yakin dengan kepimpinan Dr. Anis dalam menerajui NAFAS sebagai institusi yang menjadi tulang belakang bagi sektor pertanian.
NAFAS akan sentiasa berada dalam barisan hadapan dalam menyantuni lebih 900,000 ahli Peladang serta bersedia untuk melaksanakan perubahan dalam mengharungi cabaran bagi memastikan industri pertanian lebih proaktif dan seiring dengan perkembangan teknologi semasa.
14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...
Read more26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)
Read more30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...
Read moreTahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini
Read moreDana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.
Read morePerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.
Read moreMAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!
Read moreSemuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.
Read moreDahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.
Read more