7 JANUARI 2021 | PRIMA KAJANG, SELANGOR - Ayam sejuk beku keluaran NAFAS Food kini boleh didapati di stesen minyak Petronas yang terpilih menerusi program Segar@Mesra hasil kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bersama Petronas.
Produk ayam sejuk beku yang dibekalkan oleh Nafas Food Processing & Marketing Sdn. Bhd. menyediakan 5 jenis produk iaitu, Ayam Bulat, Ayam Potong, Peha Ayam Tanpa Tulang dan Filet Ayam. Produk lain seperti ikan turut disediakan oleh NEKMAT manakala sayuran dan buah-buahan segar oleh FAMA.
Program hasil idea dan inisiatif asal oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna adalah untuk memberi penekanan kepada memanfaatkan para petani, penternak dan nelayan tempatan.
Menurut Menteri Pertanian dan Industri Makanan, YB Dato Seri Ronald Kiandee, program ini merupakan peluang yang cukup baik dalam membuka ruang pasaran baru kepada hasil pertanian sekaligus membantu meningkatkan pendapatan usahawan, petani, penternak dan nelayan.
Program Segar@Mesra telah dirasmikan bersama oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Dato Seri Dr. Ronald Kiandee, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta En. Ahmad Adly Alias, Naib Presiden Pemasaran Petronas di Program Perasmian Segar@Nafas, Petronas Prima Kajang, hari ini.
Setakat ini, 4 stesen minyak Petronas terlibat dalam program ini iaitu, Unikeb 2, Seksyen 4 BBBangi, Persiaran Jaya / Sg Ramal Dalam, Prima Saujana 2 dan Pelangi Semenyih.
Turut hadir pada majlis berkenaan, YB Dato’ Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad Ketua Setiausaha Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Haslina Binti Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Dr. Anis Bin Mahmud, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) merangkap Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), En. Baharozaman bin Mohid, Pengarah Kumpulan Operasi merangkap pemangku Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), En. Zainal bin Rasidi, Pengurus Besar Nafas Food Processing & Marketing Sdn. Bhd. serta wakil-wakil Kementerian, Jabatan dan Agensi.
14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...
Read more26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)
Read more30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...
Read moreTahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini
Read moreDana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.
Read morePerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.
Read moreMAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!
Read moreSemuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.
Read moreDahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.
Read more