MENARA LPP | 06 OKTOBER 2021
Yang Hormat Dato’ Haji Zamri bin Yaakob, Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS mengetuai rombongan kunjung hormat Ahli Jemaah Pengarah NAFAS bersama Menteri Pertanian dan Industri Makanan.
Perjumpaan yang berlangsung di Menara LPP itu adalah untuk membincangkan mengenai hala tuju serta perancangan NAFAS dan Pertubuhan Peladang di semua peringkat. Ahli Jemaah Pengarah NAFAS juga sempat menyerahkan Memorandum kepada, Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan. Memorandum ini mengandungi usul dan cadangan untuk pembangunan Pertubuhan Peladang secara keseluruhan.
NAFAS sentiasa merangka dan bergerak seiring dengan kementerian dalam mencapai kebaikan buat peladang sekaligus memperkasakan Pertubuhan Peladang menjadi sebuah entiti yang berdaya maju dalam industri agromakanan negara.
Majlis turut dihadiri oleh Datuk Seri Haji Ahmad Bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Dato' Haslina Binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Nik Mohd Shaharil bin Nik Md Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Operasi LPP serta barisan Ahli Jemaah Pengarah NAFAS.
14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...
Read more26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)
Read more30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...
Read moreTahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini
Read moreDana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.
Read morePerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.
Read moreMAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!
Read moreSemuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.
Read moreDahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.
Read more