25 November 2021 | Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur
Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke 47 di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur, malam tadi.
Dalam majlis berkenaan Perdana Menteri dalam ucapannya berkata kerajaan memperuntukkan bantuan berjumlah RM262 juta sebagai respons awal bagi membantu peladang yang terjejas susulan kenaikan harga baja dan racun. Beliau berkata daripada jumlah itu, dana RM62 juta akan disalurkan melalui Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) sebagai tambahan ke atas peruntukan subsidi dan insentif padi di bawah Bajet 2022 yang keseluruhannya berjumlah RM1.5 bilion.
Pada majlis yang sama, Dato’ Haji Zamri bin Yaakob mewakili Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menandatangani Memorundum Persefahaman (MoU) antara NAFAS dan YaPEIM, NAFAS dan syarikat berstatus State Own Enterprise (SOE) dari China serta NAFAS Sialin (M) Sdn Bhd dan Southeast Edible Bird's Nest Capital Biotechnology Co Ltd. sambil disaksikan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.
NAFAS turut menyampaikan Anugerah Yayasan Pelajaran Peladang kepada 3 penerima, Samuel Sumok Anak Albert Gundie daripada PPK Pantu, Sarawak, Aini Nazihah binti Hasin @ Hassan daripada PPK Parit Raja,Johor dan Nor Aini Naili binti Noor Habib daripada PPK Kubur Panjang, Kedah yang cemerlang dalam pengajian masing-masing.
Majlis turut dihadiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I dan II, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, Dato' Haslina Binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Dato' Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang serta barisan Ahli Jemaah Pengarah NAFAS.
14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...
Read more26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)
Read more30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...
Read moreTahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini
Read moreDana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.
Read morePerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.
Read moreMAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!
Read moreSemuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.
Read moreDahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.
Read more