Program Jalinan Peladang yang sebelum ini dikenali dengan nama Jalinan Tani merupakan program NAFAS bersama peladang yang bertujuan menumpukan gerak kerja NAFAS di lapangan bagi memastikan kejayaan bantuan kerajaan khususnya Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) dan Skim Insentif Baja Padi (SIPP). Melalui program ini, pelbagai aktiviti dijalankan bertujuan untuk merapatkan hubungan antara NAFAS dengan ahli-ahli peladang.
Antara pengisian program ini adalah taklimat dari wakil NAFAS dan pembekal, pameran produk dan teknologi pertanian, sesi dialog bagi mendapatkan maklum balas ahli-ahli peladang serta taklimat penggunaan baja dan racun bagi meningkatkan kefahaman dan pengetahuan ahli-ahli peladang untuk meningkatkan lagi hasil pertanian.