Pemberi Maklumat/ Whistleblower
Garis Panduan Pemberi Maklumat/ Whistleblower Kumpulan NAFAS
NAFAS telah mewujudkan Garis Panduan Pemberi Maklumat/ Whistleblower Kumpulan NAFAS bertujuan untuk memudahkan staf NAFAS dan Syarikat Subsidiari atau orang awam melaporkan sebarang kelakuan tidak wajar dan/ atau pelanggaran integriti yang menghalang pencapaian organisasi kepada Unit Integriti dengan jaminan identiti Pemberi Maklumat dilindungi dan dirahsiakan
Perkara Yang Perlu Didedahkan
Pemberi Maklumat boleh mendedahkan sebarang perkara yang menjadi suatu kesalahan tatatertib dan/ atau kesalahan jenayah seperti berikut:
- Rasuah atau penipuan;
- Salah guna kuasa atau kedudukan;
- Penyelewengan kewangan atau ketirisan;
- Kesalahan jenayah;
- Salah guna harta atau aset NAFAS/ Syarikat Subsidiari;
- Kelakuan yang membahayakan keselamatan, Kesihatan atau alam sekitar;
- Kegagalan mematuhi undang-undang atau peraturan yang berkuat kuasa; atau
- Arahan untuk melakukan mana-mana kesalahan di atas.
Saluran Pendedahan
- Pendedahan boleh dibuat melalui pautan ini.
https://docs.google.com/forms/d/17Fa9Z6z-B8z1JHcNuY0EDiG21WP6Ez9aWJPwldnz4cs
- Secara bertulis atau lisan ke alamat berikut:
Unit Integriti Kumpulan Pemantauan & Audit Pengurusan
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS),
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
(u.p: Ketua Pegawai Integriti & Governans/ CIGO)
- Pendedahan melalui e-mel kepada [email protected]
Pembatalan Terhadap Perlindungan Pemberi Maklumat
Perlindungan terhadap pemberi maklumat akan terbatal disebabkan perkara berikut:
- Pemberi maklumat sendiri telah menyertai kelakuan tidak wajar itu;
- Pemberi maklumat sengaja membuat pernyataan palsu;
- Pendedahan dibuat semata-mata untuk mengelak daripada dibuang kerja/ tindakan tatatertib yang lain;
- Pemberi maklumat dengan sengaja memberikan maklumat remeh, menyusahkan atau tidak serius; atau
- Pemberi maklumat telah mendedahkan maklumat yang telah diberikan atau perlindungan yang diterimanya kepada mana-mana pihak lain.
Makluman Hasil Pendedahan
Pemberi Maklumat akan diberitahu tentang tindakan terhadap pendedahan maklumat yang diberikan. Walau bagaimanapun, atas sebab undang-undang atau kepentingan organisasi status tindakan adalah dirahsiakan dari pengetahuan Pemberi Maklumat.