KUALA LUMPUR, 7 Nov | Pengurangan peruntukan mengurus dan pembangunan bagi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) tidak akan menyebabkan golongan petani, pesawah, penternak dan nelayan malah secara keseluruhan MOA telah menerima tambahan peruntukan RM500 juta kepada RM4.9 bilion bagi Belanjawan 2020.
Ini menyaksikan peningkatan peruntukan 0.9% berbanding tahun sebelumnya (RM4.4 bilion), ujar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Menurut beliau, pengurangan peruntukan mengurus antara RM1.5 juta ke RM11.9 juta kepada agensi MOA seperti LKIM, LPNM dan FAMA tidak mendatangkan kesan kerana MOA dan agensinya telah menyusun semula program-program yang telah dirancang dengan pendekatan "do more with less".
"Ini dapat dicapai dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah, menjalin sinergi dengan entiti korporat, dan mengoptimumkan matlamat penganjuran majlis. Melalui penyusunan semula program-program ini, sasaran yang ditetapkan masih dapat dicapai walaupun peruntukan yang diterima sedikit berkurangan," ujarnya ketika berucap di sesi penggulungan Dewan Rakyat, baru-baru ini.
Menyentuh tentang pengurangan peruntukan pembangunan bagi MOA dalam Belanjawan 2020, beliau berkata ia disebabkan kebanyakan projek yang dirancang dalam RMKe-11 telah siap dibina atau telah sampai ke peringkat akhir pembinaan.
Bagaimanapun kekurangan ini, jelasnya akan ditampung dengan peruntukan tambahan yang diperolehi oleh kementerian bagi program integrasi tanaman seperti cili, nanas, kelapa dan tembikai.
"Secara keseluruhannya, MOA telah diluluskan peruntukan pembangunan berjumlah RM1.364 bilion bagi tahun 2020 untuk pelaksanaan 374 projek dan program berkaitan pertanian di seluruh negara.
"Meskipun tahun 2020 merupakan tahun terakhir RMKe-11, jumlah yang diluluskan ini lebih tinggi berbanding tahun 2019 dengan peningkatan sebanyak RM3.87 juta. Ini menunjukkan Kerajaan sentiasa prihatin dalam memajukan sektor pertanian dan komited untuk meneruskan projek dan program pembangunan yang telah dirancang," ujar beliau.
Menurutnya, bantuan kepada petani, pesawah dan nelayan tetap diteruskan kerajaan apabila memperuntukkan RM796 juta bagi Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) dan Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP), malah subsidi padi bukit/huma juga akan diteruskan.
Sejumlah RM152 juta, kata beliau diperuntukan kepada nelayan termasuk Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) yang telah dinaikkan dari RM200 kepada RM250 sebulan.
Kementerian juga, tambahnya telah diperuntukkan RM150 juta bagi menggalakkan program integrasi tanaman seperti cili, nanas, kelapa dan tembikai.
Menjawab soalan Datuk Ir Wee Ka Siong (Ayer Hitam) yang membangkitkan mengapa penanam bunga dan buah-buahan tidak diberi subsidi, pihak kementerian katanya membantu para petani dan pengusaha dalam industri florikutur, buah-buahan dan sayuran-sayuran melalui pemberian insentif dalam bentuk amalan teknologi yang meliputi pembersihan kawasan, pembinaan infrastruktur asas, input pertanian, kemudahan peralatan dan mekanisasi ladang.
"Antara program-program disediakan oleh Kementerian melalui Jabatan Pertanian adalah Projek Pembangunan Kluster Buah-Buahan, Program Peningkatan Hasil Sayur-Sayuran dan Projek Pembangunan Kluster Bunga dan Tanaman Hiasan," ujarnya.
14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...
Read more26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)
Read more30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...
Read moreTahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini
Read moreDana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.
Read morePerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.
Read moreMAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!
Read moreSemuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.
Read moreDahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.
Read more