KUALA LUMPUR, 16 Nov | Bidang pertanian amat penting kerana ia memberi kesan kepada kestabilan sesebuah negara, kata Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Dato' Phahrolrazi Mohd Zawawi.
Bercakap pada sesi temubual rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1, 16 November lalu, Phahrolrazi berkata, negara akan berada dalam keadaan tidak stabil jika barangan makanan banyak diimport.
Jumlah import makanan negara, ujar beliau kini mencecah RM51 bilion dan keadaan ini mendatangkan masalah terutama dari segi pertukaran wang asing.
Negara ujarnya mempunyai tanah yang luas dan subur untuk diusahakan dan ia boleh mengurangkan kebergantungan kepada import.
"Hasil pertanian negara boleh ditingkatkan. Bila hasil pertanian meningkat, yang dapat hasil (faedah) adalah para petani," ujarnya pada sesi temubual yang disiarkan secara langsung dari Wisma Berita RTM, Angkasapuri, dekat sini.
Menurut beliau, banyak pihak yang mendapat manfaat daripada limpahan (spill over) bidang pertanian termasuk para graduan.
Menjawab soalan pengacara tentang isu pengurangan tenaga kerja ekoran penggunaan teknologi moden, beliau berkata teknologi moden di bidang pertanian akan menggiatkan sektor lain (termasuk sektor hiliran) yang akan turut berkembang.
"Spill over (limpahan) dalam bidang pertanian sangat besar dan boleh dimanfaatkan negara. Penggunaan teknologi dalam bidang pertanian juga mampu menarik minat golongan muda (untuk berkecimpung di bidang pertanian)," tambah beliau.
Phahrolrazi yakin bahawa pertanian kini tidak lagi dianggap sebagai "bidang kelas kedua" dan pemikiran bahawa pertanian sebagai bidang yang tidak menarik perlu diubah.
Beliau menaruh keyakinan bahawa usaha kerajaan untuk mereformasi bidang pertanian akan berjaya.
Reformasi di bidang pertanian katanya perlu bertujuan meningkatkan hasil pertanian sekaligus mengurangkan import.
"Pertanian akan dijadikan satu industri dan bukan lagi dilihat secara tradisional," katanya mengakhiri temu bual.
Foto di atas : Dato' Phahrolrazi diwawancara dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1.
14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...
Read more26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)
Read more30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...
Read moreTahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini
Read moreDana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.
Read morePerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.
Read moreMAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!
Read moreSemuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.
Read moreDahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.
Read more