logo-nafas

PROGRAM ‘JOM KE SEKOLAH’ BANTU IBU BAPA HADAPI MUSIM PERSEKOLAHAN

JomSekolah07kMUAR, 13 Dis | Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub melancarkan program 'Jom Ke Sekolah' di bandar Muar, Jumaat lalu.

Program khidmat sosial anjuran NAFAS itu memberi manfaat kepada 3,200 keluarga golongan B40 dan dilaksanakan di kawasan-kawasan terpilih seluruh Semenanjung.

Program pagi ini membabitkan 150 orang penerima di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Simpang Jeram. Setiap penerima memperolehi baucar bernilai RM200 bagi membeli barangan kelengkapan sekolah.

Program yang sama akan diadakan di negeri Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Perlis, Pahang dan Selangor khusus kepada ahli-ahli Peladang yang tergolong dalam kumpulan B40.

Foto di atas : Bergambar ramai seusai majlis perasmian program Jom Ke Sekolah di bandar Kulai.

JomSekolah02k

YB Menteri berucap merasmikan program.

JomSekolah05k
Datuk Seri Salahuddin dan isteri bergambar bersama anak-anak yang membuat persembahan.

Hadir sama pada majlis perasmian program Jom Ke Sekolah itu Ahli Jemaah Pengarah (AJP) NAFAS, YB Muhammad Said Jonit, Pegawai Daerah Muar, Haji Mohd Haffiz Ahmad, Pegawai Pendidikan Daerah Muar, Haji Puniran Denan dan Setiausaha Majlis Perbandaran Muar, Encik Azmi Ahmad.

Datuk Seri Salahuddin ketika berucap berkata, pihaknya menyedari ada di kalangan ibu bapa yang merasa terbeban setiap kali musim persekolahan bakal bermula kerana perlu menyediakan kelengkapan untuk anak-anak ke sekolah.

JomSekolah06k

YB Menteri dan Haji Ahmad Shaari bergambar bersama ibu bapa pelajar yang selesai membeli belah.

Sehubungan itu, program yang dilaksanakan oleh NAFAS ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa yang kurang berkemampuan dan dapat meringankan beban yang mereka tanggung.

Beliau turut menjelaskan usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi dan kini harga barangan komoditi seperti sawit sudah mula meningkat.

Kempen-kempen negatif tentang minyak sawit di negara-negara Barat, katanya memberi kesan kepada industri minyak sawit negara namun ianya dapat diatasi dengan tindakan kerajaan khususnya kementerian terbabit mengadakan kempen menjelaskan tentang kebaikan minyak sawit di luar negara.

Kerajaan juga, tambah beliau berusaha mengawal kenaikan harga barangan keperluan harian.

Kementerian Pertanian dengan kerjasama kementerian berkaitan, katanya sentiasa bekerjasama untuk mengawal harga barang terutama pada musim perayaan.

JomSekolah01k

Datuk Seri Salahuddin membantu ibu bapa memlih pakaian pada program Jom Ke Sekolah di bandar Muar.

JomSekolah03k
Membantu seorang pelajar mengacu seluar sekolah.

Datuk Seri Salahuddin juga memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus berusaha meringankan beban hidup rakyat.

Pada majlis itu, Datuk Seri Salahuddin turut membantu ibu bapa memilih pakaian sekolah anak-anak di kedai menjual barangan keperluan persekolahan yang dipilih sebagai lokasi program.

JomSekolah04k

Menyantuni seorang pelajar istimewa di pasar @Mart Kempas.

Keesokan harinya, Program Jom Ke Sekolah diteruskan di pasar @Mart Kempas, Pulai dan dirasmikan Datuk Seri Salahuddin. Turut hadir Pengurus Besar NAFAS, Haji Ahmad Shaari.
Pada program ini, NAFAS menyediakan sumbangan kepada 350 penerima.

Pelbagai acara diadakan sempena majlis itu antaranya ceramah motivasi dan persembahan pentas oleh murid-murid sekolah.

 

14-03-2023
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS

    14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...

Read more
26-01-2023
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS

 26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Read more
02-12-2022
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49

 30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...

Read more
02-12-2022
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA

  Tahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini

Read more
01-12-2022
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY

Dana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.

Read more
13-08-2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022

  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS

  MAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!  

Read more
13-08-2022
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ

  Semuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS

  Dahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.  

Read more
13-08-2022
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS

  Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.  

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2024 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)