logo-nafas

PENGURUSAN TANAMAN PADI BERSEPADU NAFAS-PETRONAS TINGKATKAN HASIL PADI MUSIM 1/2021

tanaman padi bersepadu nafas petronas 01Pendang, 19 September 2021 - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Yang Berhormat Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh pada hari ini menyempurnakan Majlis Perasmian Musim Menuai Program Pengurusan Tanaman Padi Bersepadu (PTPB) NAFAS-Petronas di Kg Namdam, di sini.

Program PTPB NAFAS-Petronas melibatkan 68 orang pesawah - ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Kubur Panjang melibatkan keluasan 70 hektar kawasan penanaman padi yang bermula musim satu penanaman ada April lalu.

Projek sulung di Kg Namdam, Pendang di sini turut melibatkan bekerjasama rakan-rakan strategik iaitu Syarikat Subsidiari NAFAS; Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) yang beroperasi di Gurun membekalkan baja NPK berformulasi khas, Petronas Chemicals Group Berhad yang turut membekalkan baja Agrenas DTU atau dikenali di kalangan petani sebagai Urea Biru yang mempunyai kadar penyerapan yang lebih efisien, Thirty Three Management Sdn Bhd yang membekalkan input rawatan tanah, Antah Bumimedic Sdn Bhd yang membekalkan bahan berformulasi bagi merawat benih dan menangkis serangan kulat dan serangga, Braintree Sdn Bhd yang membekalkan perkhidmatan kepakaran pengendalian drone pertanian serta Advansia Sdn Bhd yang membekalkan input racun serta khidmat nasihat serta kepatuhan dalam penggunaan racun perosak.

Projek PTPB ini turut dipandu oleh local paddy expert, iaitu Encik Jaafar Zakaria yang berpengalaman lebih 25 tahun di dalam industri penanaman padi serta telah menerima beberapa anugerah di dalam dan luar negara yang bertanggungjawab dalam menyediakan jadual penanaman, SOP tanaman tepat mengikut kesesuaian dan kesimbangan tanah dan saliran.


tanaman padi bersepadu nafas petronas 05

Kesemua rakan strategik ini membantu dalam penyelidikan dan pembaharuan di dalam sistem kesuburan tanah serta kepatuhan SOP penanaman yang bersesuaian bagi kawasan luar jelapang di Kg Nandam ini yang mana bergantung sepenuhnya kepada taburan hujan sebagai sumber air.

Dengan kaedah dan SOP penanaman PTPB, purata hasil pengumpulan bagi satu musim ini menunjukkan peningkatan sebanyak 7 tan metrik per hektar berbanding 2.95 tan metrik per hektar yang terhasil pada musim-musim sebelum ini.

NAFAS menerusi program ini terus komited merangka hala tuju strategik bagi memperkasakan industri padi dan beras negara. Program ini seiring dengan matlamat Kerajaan dalam meningkatkan hasil setiap hektar tanah, meningkatkan pendapatan petani dan seterusnya meningkatkan kadar tahap sara diri (SSL) beras negara iaitu daripada 70 peratus ke 75 peratus.


tanaman padi bersepadu nafas petronas 03

Kerjasama pembangunan NAFAS-Petronas ini mensasarkan untuk diperluaskan kawasan penanaman untuk tiga musim lagi di sini dengan keluasan 75 hektar serta mengunjurkan lonjakan hasil antara 3 hingga 4 tan metrik per hektar semusim.

Selain - turut merancang untuk memperluaskan PTPB di beberapa kawasan berpotensi yang dikenal pasti di Perlis, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu dengan mensasarkan keluasan 5,000 hektar keseluruhan.

Projek ini turut memberi galakan kepada petani muda untuk terlibat dalam bidang tanaman padi sebagai satu profesion yang menjanjikan pulangan yang lumayan sekiranya dilakukan dengan bersungguh-sungguh serta dibantu penggunaan teknologi terkini yang dapat memudahkan kerja-kerja penanaman padi serta mewujudkan sistem pertanian lebih terancang selain memperoleh hasil tuaian yang baik.

NAFAS sebagai institusi yang menjadi antara tulang belakang bagi sektor pertanian pastinya akan sentiasa berada dalam barisan hadapan serta bersedia untuk melaksanakan perubahan mengharungi cabaran dalam memastikan industri pertanian terus proaktif dan seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

 

 

 

14-03-2023
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS

    14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...

Read more
26-01-2023
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS

 26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Read more
02-12-2022
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49

 30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...

Read more
02-12-2022
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA

  Tahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini

Read more
01-12-2022
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY

Dana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.

Read more
13-08-2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022

  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS

  MAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!  

Read more
13-08-2022
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ

  Semuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS

  Dahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.  

Read more
13-08-2022
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS

  Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.  

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2024 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)