13 Mac 2022 | Kompleks Sukan Tunku Najihah, USIM
Kelab Sukan dan Rekreasi NAFAS (KESUNA) mengharumkan nama Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dengan meraih tempat pertama Johan bagi sukan Sepak Takraw, Naib Johan bagi sukan Bola Sepak dan merangkul tempat ketiga bagi Pertandingan Golf dalam Program Kecemerlangan dan Kecergasan Anggota LPP Tahun 2022.
Program Kecemerlangan dan Kecergasan Anggota LPP Tahun 2022 yang telah berlangsung dari 11 Mac 2022 hingga 14 Mac 2022 melabuhkan tirainya pada hari ini dalam satu majlis di Kompleks Sukan Tunku Najihah, USIM yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Dato' Haslina binti Abdul Hamid petang ini.
Sebanyak 14 KSK negeri, PPNJ dan KESUNA menyertai program ini dan juara keseluruhan bagi tahun ini berjaya dimenangi oleh Kelab Sukan Ibu Pejabat (SKIP).
Dalam pada itu, majlis turut mengumumkan Negeri Kelantan dipilih sebagai tuan rumah bagi Program Kecemerlangan dan Kecergasan Anggota LPP tahun 2024. Turut bersama, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi, Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang, Dato' Azulita binti Salim dan Pengurus Kanan Perniagaan Padi dan Beras NAFAS, En. Saripol Baharin bin Karim.
14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...
Read more26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)
Read more30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...
Read moreTahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini
Read moreDana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.
Read morePerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.
Read moreMAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!
Read moreSemuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.
Read moreDahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.
Read more