26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)
Majlis tersebut disertai seramai 257 melibatkan kepimpinan tertinggi NAFAS terdiri daripada Ahli Jemaah Pengarah NAFAS (AJP), Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Syarikat Subsidiari NAFAS serta warga kerja NAFAS secara sukarela dalam melaksanakan tugas dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah.
Ikrar ini diketuai Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Zamri bin Yaakob dan disaksikan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Razim Mohd. Noor.
YH. Dato’ Haji Zamri berkata, IBR merupakan inisiatif yang diperkenalkan SPRM bagi memberi penekanan kepada ikrar dan janji dalam kapasiti individu supaya tidak terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa ketika menjalankan tugas.
“Sebagai agensi bernaung di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, NAFAS memikul tanggungjawab dalam memperbaiki sosio-ekonomi para peladang dengan penumpuan kepada peningkatan pendapatan serta memajukan industri pertanian negara.
“Justeru, penekanan ikrar yang dibuat secara sukarela ini penting supaya setiap individu akan melaksanakan tugas dengan lebih bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah beliau, IBR juga merupakan tanda komitmen dalam memperkasakan integriti dan nilai insan yang tinggi sekali gus menjadikan NAFAS sebuah organisasi yang telus dan cemerlang.
28 OGOS 2023 | MUAR, JOHOR YB Datuk Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan menyempurnakan penyampaian peruntukan LPP berjumlah RM2.35 Juta kepada NAFAS bagi Projek Menaiktaraf Bangunan Pusat...
Read more24 OGOS 2023 | IBU PEJABAT NAFAS Program pemeriksaan kesihatan dan ceramah kesihatan bersama Kelana Jaya Medical Centre telah dihadiri lebih 50 staf NAFAS & Subsidiari.
Read more23 OGOS 2023 | MELAKA TENGAH Program Tautan Tani 2023 PPK Melaka Tengah dihadiri lebih 50 peserta.
Read more10 OGOS 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Latihan Kebakaran (Fire Drill) peringkat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dengan kerjasama Pihak Bomba Sg. Buloh telah diadakan di Ibu Pejabat NAFAS hari ini.
Read more8 OGOS 2023 | PARIT BUNTAR, PERAK Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju menaikkan kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) daripada RM360 per metrik tan kepada...
Read more3 OGOS 2023 | PENDANG, KEDAH Projek Pengurusan Tanaman Padi Bersepadu (PTPB) diterajui Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) hari ini menerima...
Read more2 OGOS 2023 | SEATTLE, AMERIKA SYARIKAT YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Kerterjaminan Makanan (KPKM) telah menyempurnakan Majlis Soft Launch secara maya bagi lapan (produk jenama...
Read more2 OGOS 2023 | ENDAU, JOHOR Program Tautan Tani 2023 PPK Endau dihadiri 70 peserta di Dewan PPK Endau, Johor.
Read more13 JUN 2023 | PROGRAM TAUTAN TANI PPK JAYA PERINGAT Program Tautan Tani telah dianjurkan oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan NAFAS bersama Pertubuhan Peladang Kawasan Tongod di Kampung Bobotong, Tongod, Sabah melibatkan...
Read more21 JULAI 2023 | SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN YB. Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan meluangkan masa untuk bersama-sama Pemimpin Peladang Zon Tengah merangkumi Perak, Selangor, Wilayah...
Read more