Protégé
Tentang Program
Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (Protégé) di bawah NAFAS direka untuk memberi peluang yang baik kepada graduan baharu meneroka dan menimba pengetahuan tentang industri korporat. Program ini bertujuan untuk memberikan kemahiran kebolehpasaran dan keusahawanan melalui latihan berstruktur dan semasa bekerja.
Kelayakan
- Calon mesti memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana bidang.
- Bersemangat dan sangat mudah menyesuaikan diri
- Keupayaan untuk bekerja dengan pengawasan minimum.
- Mempunyai kemahiran interpersonal yang baik dan mampu berinteraksi secara aktif dengan semua peringkat.
Struktur Program
- Tempoh Latihan: 8 bulan
- Latihan Soft Skill: 2 minggu
- Latihan Dalam Kerja : 8 bulan
- Lokasi Latihan : Ibu Pejabat NAFAS, Kota Damansara